GEDUNG DATO’ PENGGAWA TIMUR TANJUNG SURAT

Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM UTM) bersama Jabatan Senibina UTM telah berjaya melaksanakan penyelidikan mengenai pembangunan semula seni bina warisan Gedung Dato’ Penggawa Timur di Tanjung Surat. Penyelidikan ini diselia oleh Ar. IDr. Ts. Noraslinda binti Abdul Rahman bersama sebelas (11) pelajar Senibina UTM diketuai oleh Nurul Syuhada binti Mohd Salleh terlibat dalam monograf yang mengkaji secara terperinci kemunculan Gedung Dato’ Penggawa Timur serta adaptasi pembinaannya dalam konteks tempatan berdasarkan empat (4) aspek utama iaitu sejarah, susunan ruang, bahan binaan dan lain-lain elemen. Dokumentasi warisan ini mengambil masa selama lapan minggu melalui program Heritage Studies (SBEA 2823) dan Measured Drawing (SBEA 2933).

Pelajar Senibina UTM memulakan pengumpulan data sekunder dengan menggunakan kaedah desk research. Manakala, data utama pula dikumpulkan menggunakan kaedah kualitatif seperti temubual, pemerhatian di lokasi kajian dan lawatan teknikal terhadap kawasan terlibat. Selain itu, kaedah kuantitatif juga digunakan dalam penyelidikan tersebut seperti pengedaran borang inventori kepada penduduk setempat bagi mendapatkan maklumat yang jelas dan lebih menyeluruh. Dari perspektif sejarah, kewujudan Gedung Dato’ Penggawa Timur telah membuka mata masyarakat terhadap sejarah negeri Johor. Keunikan reka bentuk bangunan-bangunan yang bersejarah terserlah melalui seni binanya. Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan tapak-tapak yang memiliki sejarah seperti Gedung Dato’ Penggawa Timur di Tanjung Surat, Johor memerlukan perhatian daripada pelbagai pihak agar kesenibinaan tapak tersebut tidak hilang ditelan zaman. Penyelidikan ini hampir berjaya mendapatkan gambaran semula Gedung Dato’ Penggawa Timur berdasarkan rujukan-rujukan seni bina pada era kegemilangan pemerintahan Johor moden dari tahun 1800-an hingga 1900-an. Gedung ini mempunyai pengaruh senibina Inggeris dengan gabungan senibina tempatan.

Kumpulan Pelajar Senibina yang melaksanakan penyelidikan “Gambaran Semula Gedung Dato’ Penggawa Timur”
Pelajar Senibina yang menghasilkan Gambaran Semula Gedung Dato’ Penggawa Timur terdiri daripada Muhammad Imran, Amir Haziq, Wong Siew Ling, Farhah, Nur Raisah, Sotha Rotanak, Goh Ya Thing, Kor Yong Hui, Muhammad Fauzan dan Nur Yasmin
Peninggalan Tapak Gedung Dato’ Penggawa Timur
Bahan Binaan Gedung Dato’ Penggawa Timur
Gambaran semula Gedung Dato’ Penggawa Timur
Pemandangan luas ke pelabuhan awal Tanah Melayu dari Gedung Dato’ Penggawa Timur
Gedung Dato’ Penggawa Timur

Kemuncak penyelidikan seni bina warisan Gedung Dato’ Penggawa Timur adalah pada sesi pembentangan hasil kajian kepada panel-panel pakar yang terdiri daripada Dr. Fadhlina binti Ahmad @ Taufik, Ts. Dr. Azari bin Mat Yasir, Dr. Aiman bin Mohd Rashid, Dr. Azalilah Ramdani Musa dan Dr. Shahariah Norain binti Shaharuddin. Semasa sesi pembentangan, pelajar juga telah menghasilkan laporan, lukisan terukur, poster, model fizikal dan video. Ia dilaksanakan di Galeria KALAM pada 18hb-19hb September dengan penglibatan seramai 89 orang pelajar yang dirasmikan oleh Pengarah Senibina, PM. Ar. Dr. Lim Yaik Wah. 

Pengarah Senibina, PM. Ar. Dr. Lim Yaik Wah (dua dari kiri) merasmikan program ini di Galeria KALAM.
Pensyarah UTM yang terlibat sebagai Penasihat dan Panel Heritage Studies (SBEA 2823) dan Measured Drawing (SBEA 2933) 2022/23-Sem3

KALAM menyokong ekosistem Quadruple Helix dengan penglibatan akademia, industri, agensi serta masyarakat. Kolaborasi di antara Jabatan Senibina dan KALAM amatlah baik untuk meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan sekaligus menyokong misi Universiti iaitu memacu kecemerlangan Universiti melalui program akademik berkualiti, budaya kerja berprestasi tinggi dan pengurusan risiko yang berkesan. Galakan pihak Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur untuk kerjasama Jabatan-CoE memberi impak yang positif dalam program ini seterusnya meningkatkan kualiti penyelidikan di kalangan Pensyarah dan Pelajar UTM terutamanya dalam bidang seni bina warisan. Sehingga kini, UTM telah menghasilkan lebih 600 Dokumentasi Warisan sebagai usaha memelihara dan memulihara warisan bangsa. UTM adalah peneraju pendokumentasian warisan Negara.

Pelajar Senibina Tahun 2 sedang menunggu giliran pembentangan
Pn. Nurul Aini dan En. Banin (KALAM) menguruskan susunan dokumen pelajar
Pn. Norazila dan Cik Madiha (KALAM) membantu pengurusan program ini
Penyelidik UTM 😉