RTM JOHOR

LUKISAN TERUKUR BANGUNAN KOMPLEKS PENERANGAN DAN PENYIARAN SULTAN ISKANDAR JOHOR.

Kompleks Sultan Iskandar , Johor Bahru telah dibina dalam lingkungan tahun 1960. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi yang merupakan sultan kelima Johor moden. Bangunan ini terletak di Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor.

Umumnya, bangunan ini mengandungi tiga blok utama di mana blok A merupakan blok pengurusan dan pejabat kakitangan. Blok B pula merupakan blok studio utama, manakala blok C yang merupakan blok yang dikhususkan untuk orang awam yang mempunyai kawasan pintu masuk utama bangunan dan auditorium.

Tugasan yang dijalankan ini berdasarkan dua sumber utama iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah hasil maklumat dan data yang telah diperolehi semasa kerja-kerja mengukur ditapak dijalankan, manakala sumber sekunder pula adalah maklumat dan data yang telah diperolehi daripada pihak RTM, Johor sendiri seperti pelan lantai, gambar bangunan dan banyak lagi. Kedua-dua sumber ini akan melalui fasa analisis dan sintesis untuk menghasilkan lukisan terukur bagi Bangunan Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *