Pasukan penyelidik daripada UTM, KEJORA dan JAKOA berpeluang menjejaki Kepulauan Riau Indonesia untuk melaksanakan kajian mengenai Orang Asli Kanaq. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof Dr Asan Ali Bin Golam Hassan @ Mohammad . Persoalan yang kami temui, adakah Orang Asli Kanaq mempunyai kaitan dengan Masyarakat Adat Sekanak? Penyelidikan semakin mencabar dan menyeronokkan dengan bantuan daripada pihak Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH).
Pengalaman penyelidikan ini memberi peluang kepada penulis mendalami budaya dan kesenian Masyarakat Adat Indonesia. Terima kasih pasukan penyelidik! 😉