Bilangan pelajar

Bilangan pelajar

Kelas arini macam ramai pulak students ?.. Keseronokan mengajar bila dapat ramai students sbb kelas jadi meriah dan lebih banyak aktiviti SCL boleh dilaksanakan.. Itu satu yg ideal bila students ramai dan aktif.. Tp ada juga pelajar ramai tapi kelas kurang aktif sbb masing² malu² nak bercakap… Alhamdulillah students kelas SDA ni semua “pandai” bercakap dan kelas jadi meriah dan aktif.. All the best to all of you..

Active Learning @IS AHIBS

Active Learning @IS AHIBS

 [AHAD – 8 NOV 2020] – Meeting group Active Learning kumpulan IS. Dalam membudayakan Future Ready Educator (FREE), AHIBS komited dengan matlamat UTM. So setiap staf perlu menganggotai dalam group berkaitan. Group FREE IS ni diketuai oleh Dr Nazmona (GL) dan ada 2 Sub Group Leader (SGL), Dr Razak dan Dr Zaidi. So kami perlu laporkan aktiviti pembelajaran aktif yang dilaksanakan di kelas setiap 7hb setiap bulan kepada SGL…so “kehadapan Norasnita Ahmad, jangan lupa buat report dan kumpul bukti-bukti berkaitan ye!”… Salah satu aktiviti dlm group juga adalah sesi sharing… harap2 dapat buat sharing dgn kawan2 juga satu hari nanti…

Senyum dan happy tu penting untuk ditunjukkan agar semuanya nmpk enjoy dan fun belaka..

 

Entrepreneurial Mindset

Entrepreneurial Mindset

Semester 2 2018/2019 buat pertama kalinya diamanahkan untuk ajar subjek elektif universiti UHAK1032. Rasa excited dan dalam masa yang sama berdebar2 :).  Salah satu assessment adalah pelajar kena jalankan Experiential Entrepreneurial Learning (EEL).. so EEL ni ada laa beberapa jenis yang boleh dipilih oleh pelajar. Semasa taklimat subjek ni pada awal semester penyelaras dah pesan biar student yang pilih apa yang mereka nak buat supaya mereka bersungguh2 utk buat.

So untuk Seksyen 24 ni, memula pelajar nak meniaga sbb dlm fikiran mereka kalau subjek entrepeneur jer mesti kena jual2, tapi sebenarnya kita lebih nak menerapkan entrepreneurial mindset kepada pelajar. Setelah bertukar dari satu EEL ke satu EEL yang lain akhirnya pelajar memilih untuk buat event, wpun bukannya fully commercial events tp kesemua elemen dalam entrepreneurship diimplimenkan. Setelah last minute bertukar program dan tempat, alhamdulilllah akhirnya pada 20 April 2019 mereka berjaya melaksanakan apa yang dirancang dengan kolaborasi dari pihak PEMBINA dan NAZIM. Sambutan dari peserta dan ibu bapa juga sangat menggalakkan… tahniah semua! .. dan terima kasih semua! All the best students!