Semester 2 2018/2019 buat pertama kalinya diamanahkan untuk ajar subjek elektif universiti UHAK1032. Rasa excited dan dalam masa yang sama berdebar2 :). Salah satu assessment adalah pelajar kena jalankan Experiential Entrepreneurial Learning (EEL).. so EEL ni ada laa beberapa jenis yang boleh dipilih oleh pelajar. Semasa taklimat subjek ni pada awal semester penyelaras dah pesan biar student yang pilih apa yang mereka nak buat supaya mereka bersungguh2 utk buat.
So untuk Seksyen 24 ni, memula pelajar nak meniaga sbb dlm fikiran mereka kalau subjek entrepeneur jer mesti kena jual2, tapi sebenarnya kita lebih nak menerapkan entrepreneurial mindset kepada pelajar. Setelah bertukar dari satu EEL ke satu EEL yang lain akhirnya pelajar memilih untuk buat event, wpun bukannya fully commercial events tp kesemua elemen dalam entrepreneurship diimplimenkan. Setelah last minute bertukar program dan tempat, alhamdulilllah akhirnya pada 20 April 2019 mereka berjaya melaksanakan apa yang dirancang dengan kolaborasi dari pihak PEMBINA dan NAZIM. Sambutan dari peserta dan ibu bapa juga sangat menggalakkan… tahniah semua! .. dan terima kasih semua! All the best students!