MARAHKAN KUCING YANG BERAK KENCING MERATA

Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya di Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi kucing yg kesakitan di tangkap dan dipukul dimasuk dlm guni utk dibuang .Saya menjengok dan bertanya hal..jiran saya bersungut,”Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesar, cantik tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market.”

Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,”Ini ibarat yg Allah nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,Allah memberi rezeki,perlindungan, kesihatan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhannya,kita lakukan apa yg ditegahnya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata.”Jiran saya terus naik angin,”Hang nak bela kucing ni,hang ambik.”Dia menghilang ke dlm rumah.

  1. Setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,perlu ditafsir,difikir kerana itu kaedah Allah menegur dan mengajarkan sprt dlm quran disebut ‘sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir”.
    Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,Allah memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd Allah telah kita lakukan hari ini,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg Allah telah beri kenikmatan kpd kita.Ada Allah telah hukum kita.Allah tetap memberi tangguh.Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana perbuatan kita mungkin sama dg memaki hamun ciptaan Allah.

Sumber: ABD GHANI HARON

ADA-BERI-DAPAT

Orang yang hebat akan memilih pemikiran yang menguatkannya, tetapi orang yang lemah akan memilih pemikiran yang menjatuhkan semangat dan keyakinannya. Yakinlah dengan konsep pemikiran ‘Reset Minda’, iaitu ‘ADA – BERI – DAPAT”. Konsep pemikiran ini merumuskan bahawa, kita hanya dapat apa yang kita fikir, rasa dan buat.
Kalau kita mendapat sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak elok, maka hal ini bermakna kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok kepada orang lain. Dengan cara ini kita tidak akan mudah menyalahkan orang atau menyalahkan Allah yang telah menetapkan takdir hidup kita. Tetapi, kita melihat kelemahan diri sendiri dan mencari kesilapan diri, serta berfikir mengapa Allah mengizinkan perkara yang tidak elok atau negatif itu berlaku kepada kita?
Jika kita melakukan perkara yang negatif kepada orang sekeliling kita, maka kita akan mendapat hasil kehidupan (4K = Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan dan Kekayaan) yang negatif. Kita menjadi tidak tenang, tidak bahagia, dan mulalah kesihatan kita akan terganggu. Apabila kita tidak sihat, kewangan kita mulalah tergugat kerana banyak wang diperlukan untuk merawat sakit kita, atau kita tidak boleh bekerja lagi untuk menambahkan kekayaan kita, kerana kesihatan kita tidak mengizinkan kita bekerja seperti biasa. Oleh sebab itu, untuk mendapat hasil kehidupan yang positif, pilihlah pemikiran yang menguatkan kita dan ubah cara kita memandang sesuatu kejadian yang berlaku dalam hidup kita.

Sumber : Prof. Dr Muhaya

Bahagiakan Orang Lain

Bahagiakan orang lain dengan mengamalkan sikap baik hati dan murah hati, serta sentiasa mempermudah urusan orang dengan kita dan menunaikan hajatnya. Tip untuk membahagiakan orang, apabila jumpa orang perkara yang perlu dilakukan pertama, berikan kasih sayang. Kedua, buat dia berasa penting dan dihargai. Ketiga, banyak mendengar atau berikan peluang kepada orang yang bertemu kita itu bercerita, daripada kita sibuk bercerita tentang diri kita. Keempat, jangan buatkan dia berasa serik hendak mengunjungi kita lagi dan berasa kehadirannya telah mengganggu dan menyusahkan kita. Kelima, berikan hadiah sebagai kenang-kenangan untuk menyambungkan silaturahim, kerana dengan hadiah itu orang yang bertemu kita itu akan mengingati kita. Orang yang benar-benar bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.

Sumber ;

-Prof Dr Muhaya.

UTAMAKAN IBU— touching???

UTAMAKAN IBU – touching ???

“Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!” jawabnya dengan gelisah..

.
.

Dalam dunia ini, bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai, apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.

Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.

Setelah hampir 20 tahun berpisah. Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat, dan hubungan kami memang rapat. Waktu itu kehidupannya agak susah.

Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.

Tidak banyak. Ada ketikanya RM5. RM10. Bukan untuk dirinya, tetapi keperluan untuk keluarganya.

Tiap kali dapat gaji. Bila dia hendak membayar semula hutangnya, saya akan menolaknya.

“Dah, dah, aku halalkan, cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga.” itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya, tetapi saya buat selamba.

Satu hari, kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu. Jadi, saya tiada pilihan, saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan. Sebaik tiba di Tol Batu Tiga. Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.

Motor diberhentikan di tepi jalan.

“Feroz, aku nak patah balik!” katanya dengan wajah cemas.

“Apa hal?”

“Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!” jawabnya dengan gelisah..

Tidak sempat saya hendak berfikir, tidak sempat hendak memberikan jawapan, terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.

‘Gila ke hapa dia ni! takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?’ sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi. Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.

Waktu itu, langit menghala ke KL telah mendung.

Sah, memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya. Dia terus menerjah masuk ke dalam. Seketika dia keluar. “Feroz, tungggu sekejap ya, aku tunggu air masak, sekejap je lagi.”

Dengan hati yang panas, saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.

Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan. Ya, satu keanehan.

Sepanjang perjalanan, hujan langsung tidak turun, walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.

Sebaik masuk ke dalam bangunan. Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan – 10.50 pagi !

Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.

Saya mendiamkan diri. Pelbagai persoalan mengasak minda saya.

Usai mesyuarat dan selesai segala urusan. Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan, kami singgah di sebuah restoran mamak.

Sedang enak menjamu selera, barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.

“Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?”

“Tak.” jawabnya sepatah.

“Sebenarnya, abang aku tinggal di rumah sendiri, tak jauh dari rumah aku. Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang, anak-anak aku semua dah pergi sekolah.” dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

“Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah, jadi sebelum pergi kerja, aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil, so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja.”

“Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas …” sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.

YA ALLAH. YA RABBI. SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah, semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?

Saya. Ya saya sendiri. Kalau terlupa bawa dompet, saya teruskan sahaja perjalanan. Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit, besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya. Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya. Dia BERPATAH BALIK !

Kini, ibunya telah tiada. Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.

Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.

Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan, kami bersembang bertanya khabar. Tiba-tiba berlaku pertengkaran diantara anak-anaknya.

“Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari, engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura, kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!”

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.

“Ok, ok, ok macam ni … biar Baba tinggal dengan Usu pulak.” sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.

Melihat saya yang berdiam diri. Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

“Feroz, anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang. Dulu, aku selalu berhutang dengan engkau, hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku.”

‘Sahabat, engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!’ namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.

????
#HargailahIbuDanBap

Pengakhiran Yang Sama

Setiap kita menjalani cara penghidupan yang bebeza, NAMUN kesemua kita akan menjalani pengakhiran yang sama, iaitu sama2 akan mati, sama2 akan dikafankan, sama2 akan di solatkan, sama2 akan diusung ke kubur, dan dimasukkan ke dalam lahat.

Hakikat yang perlu kita sedari bahawa result kehidupan yang berbeza itu akan memberi kesan yang berbeza di alam barzakh, mahsyar, mizan, sirat dan penentuan samada ke Syurga atau ke Neraka.

Ada orang yg membusykan dirinya dgn kerja2 amal, quran, majlis2 ilmu, dan ada yang sentiasa sibuk kerja siang malam, ada yg sibuk dgn berniaga, ada yang habiskan hayat tuanya dgn melancong, ada yg sentiasa penuhkan aktivitynya dgn jungle tracking, ada yg layan nyanyi je, ada yg merompak, ada yg merempit dan macam2. Ingatlah, disebalik pilihan hidup masing2, penyesalan kerana merugikan masa utk persediaan akhirat akan dirasai dgn satu preassure yg amat berat ketika kita mula ditinggalkan keseorangan diliang lahat.

Mudah2an nasihat ini menjadi pengiktibaran bagi orang2 yg bijak berfikir.

 

Sumber: Ustaz Muhamad Rizal