UTAMAKAN IBU— touching???

UTAMAKAN IBU – touching ???

“Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!” jawabnya dengan gelisah..

.
.

Dalam dunia ini, bila anak-anak berebut hendak membela ibu memang ramai, apatah lagi kalau ibu itu seorang yang amat disayangi oleh anak-anak dan cucu-cucunya.

Tetapi berebut hendak membela ayah yang telah tua dan uzur agak kurang.

Kali ini saya hendak paparkan satu kisah yang sungguh indah.

Setelah hampir 20 tahun berpisah. Akhirnya saya bertemu semula dengan seorang sahabat.

Kami dulu satu pejabat, dan hubungan kami memang rapat. Waktu itu kehidupannya agak susah.

Dan sahabat saya itu kerap meminjam dari saya.

Tidak banyak. Ada ketikanya RM5. RM10. Bukan untuk dirinya, tetapi keperluan untuk keluarganya.

Tiap kali dapat gaji. Bila dia hendak membayar semula hutangnya, saya akan menolaknya.

“Dah, dah, aku halalkan, cuma tolong doakan supaya aku masuk syurga.” itu sahaja permintaan saya kepadanya.

Memang dia serba salah dengan penolakan saya, tetapi saya buat selamba.

Satu hari, kami sama-sama diarahkan ke Kuala Lumpur. Kebetulan pula motor saya rosak waktu itu. Jadi, saya tiada pilihan, saya menumpang motornya.

Dipertengahan jalan. Sebaik tiba di Tol Batu Tiga. Tiba-tiba sahaja dia beristighfar agak kuat.

Motor diberhentikan di tepi jalan.

“Feroz, aku nak patah balik!” katanya dengan wajah cemas.

“Apa hal?”

“Aku terlupa isi air dalam termos mak aku!” jawabnya dengan gelisah..

Tidak sempat saya hendak berfikir, tidak sempat hendak memberikan jawapan, terus saja dia memecut dan berpatah balik.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya.

‘Gila ke hapa dia ni! takkan tak ada orang nak isi air dalam termos mak dia?’ sejujurnya hati saya agak panas dengan tindakan sahabat saya itu.

Bayangkan waktu itu sudah pukul 10 pagi. Mesyuarat di KL pukul 11 pagi.

Waktu itu, langit menghala ke KL telah mendung.

Sah, memang tak sempat !

Sebaik tiba di rumahnya. Dia terus menerjah masuk ke dalam. Seketika dia keluar. “Feroz, tungggu sekejap ya, aku tunggu air masak, sekejap je lagi.”

Dengan hati yang panas, saya mengangguk.

Tidak lama, urusannya selesai dan kami bertolak semula ke KL.

Kali ini baru saya dapat merasakan satu keanehan. Ya, satu keanehan.

Sepanjang perjalanan, hujan langsung tidak turun, walaupun langit KL waktu itu telah gelap dan angin bertiup agak kencang.

Sebaik masuk ke dalam bangunan. Barulah hujan turun selebat-lebatnya dan menggila !

Dan bila saya pandang jam tangan – 10.50 pagi !

Sedangkan sahabat saya langsung tidak memecut.

Saya mendiamkan diri. Pelbagai persoalan mengasak minda saya.

Usai mesyuarat dan selesai segala urusan. Petang itu kami balik bersama.

Dipertengahan jalan, kami singgah di sebuah restoran mamak.

Sedang enak menjamu selera, barulah saya tanya dengan cermat dan bersopan.

“Kat rumah engkau tak ada orangkah selain mak engkau?”

“Tak.” jawabnya sepatah.

“Sebenarnya, abang aku tinggal di rumah sendiri, tak jauh dari rumah aku. Isteri aku awal pagi dah naik bas kilang, anak-anak aku semua dah pergi sekolah.” dedah sahabat saya sambil menyuap makanan dengan begitu berselera.

“Mak aku tu, dia tak larat buat kerja rumah, jadi sebelum pergi kerja, aku akan siapkan air panas dan sedikit makanan di sebelah katil, so dia mudah capai dan alas perut sementara aku balik kerja.”

“Pagi tadi aku terlupa siapkan air panas …” sahabat saya merenung jauh sambil mengunyah makanan.

YA ALLAH. YA RABBI. SubhanaAllah.

Sanggup patah balik ke rumah, semata-mata untuk memenuhi keperluan seorang ibu ?

Saya. Ya saya sendiri. Kalau terlupa bawa dompet, saya teruskan sahaja perjalanan. Tapi kalau terlupa bawa telefon bimbit, besar kemungkinan saya akan berpatah balik.

Tapi sahabat saya. Kerana terlupa siapkan air panas untuk ibunya. Dia BERPATAH BALIK !

Kini, ibunya telah tiada. Isterinya juga telah meninggal dunia kerana kanser.

Sahabat saya menjadi rebutan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tinggal bersama mereka.

Kami bertemu semula di suatu majlis baru-baru ini.

Usai makan, kami bersembang bertanya khabar. Tiba-tiba berlaku pertengkaran diantara anak-anaknya.

“Eh, engkau dah ambil Baba 2 hari, engkau pulak hari tu dah bawa Baba pergi round Singapura, kali ni sorry, turn aku pulak nak suruh Baba tinggal rumah aku!”

Sahabat saya tertawa berdekah-dekah sambil menggaru kepalanya.

“Ok, ok, ok macam ni … biar Baba tinggal dengan Usu pulak.” sahabat saya memberikan solusi dan kata putus.

Melihat saya yang berdiam diri. Sahabat saya akhirnya meluahkan rasa.

“Feroz, anak-anak akulah harta yang paling membahagiakan aku sekarang. Dulu, aku selalu berhutang dengan engkau, hari ini, orang lain pula berhutang dengan aku.”

‘Sahabat, engkau bahagia hari ini kerana engkau telah MEMBAHAGIAKAN IBU MU!’ namun kata-kata itu tidak terluah dari kerongkong saya.

????
#HargailahIbuDanBap