MARAHKAN KUCING YANG BERAK KENCING MERATA

Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya di Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi kucing yg kesakitan di tangkap dan dipukul dimasuk dlm guni utk dibuang .Saya menjengok dan bertanya hal..jiran saya bersungut,”Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesar, cantik tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market.”

Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,”Ini ibarat yg Allah nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,Allah memberi rezeki,perlindungan, kesihatan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa yg kita balas kepadaNya.Kita tinggalkan suruhannya,kita lakukan apa yg ditegahnya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata.”Jiran saya terus naik angin,”Hang nak bela kucing ni,hang ambik.”Dia menghilang ke dlm rumah.

  1. Setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,perlu ditafsir,difikir kerana itu kaedah Allah menegur dan mengajarkan sprt dlm quran disebut ‘sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir”.
    Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,Allah memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd Allah telah kita lakukan hari ini,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg Allah telah beri kenikmatan kpd kita.Ada Allah telah hukum kita.Allah tetap memberi tangguh.Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana perbuatan kita mungkin sama dg memaki hamun ciptaan Allah.

Sumber: ABD GHANI HARON

ADA-BERI-DAPAT

Orang yang hebat akan memilih pemikiran yang menguatkannya, tetapi orang yang lemah akan memilih pemikiran yang menjatuhkan semangat dan keyakinannya. Yakinlah dengan konsep pemikiran ‘Reset Minda’, iaitu ‘ADA – BERI – DAPAT”. Konsep pemikiran ini merumuskan bahawa, kita hanya dapat apa yang kita fikir, rasa dan buat.
Kalau kita mendapat sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak elok, maka hal ini bermakna kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok kepada orang lain. Dengan cara ini kita tidak akan mudah menyalahkan orang atau menyalahkan Allah yang telah menetapkan takdir hidup kita. Tetapi, kita melihat kelemahan diri sendiri dan mencari kesilapan diri, serta berfikir mengapa Allah mengizinkan perkara yang tidak elok atau negatif itu berlaku kepada kita?
Jika kita melakukan perkara yang negatif kepada orang sekeliling kita, maka kita akan mendapat hasil kehidupan (4K = Ketenangan, Kebahagiaan, Kesihatan dan Kekayaan) yang negatif. Kita menjadi tidak tenang, tidak bahagia, dan mulalah kesihatan kita akan terganggu. Apabila kita tidak sihat, kewangan kita mulalah tergugat kerana banyak wang diperlukan untuk merawat sakit kita, atau kita tidak boleh bekerja lagi untuk menambahkan kekayaan kita, kerana kesihatan kita tidak mengizinkan kita bekerja seperti biasa. Oleh sebab itu, untuk mendapat hasil kehidupan yang positif, pilihlah pemikiran yang menguatkan kita dan ubah cara kita memandang sesuatu kejadian yang berlaku dalam hidup kita.

Sumber : Prof. Dr Muhaya

Bahagiakan Orang Lain

Bahagiakan orang lain dengan mengamalkan sikap baik hati dan murah hati, serta sentiasa mempermudah urusan orang dengan kita dan menunaikan hajatnya. Tip untuk membahagiakan orang, apabila jumpa orang perkara yang perlu dilakukan pertama, berikan kasih sayang. Kedua, buat dia berasa penting dan dihargai. Ketiga, banyak mendengar atau berikan peluang kepada orang yang bertemu kita itu bercerita, daripada kita sibuk bercerita tentang diri kita. Keempat, jangan buatkan dia berasa serik hendak mengunjungi kita lagi dan berasa kehadirannya telah mengganggu dan menyusahkan kita. Kelima, berikan hadiah sebagai kenang-kenangan untuk menyambungkan silaturahim, kerana dengan hadiah itu orang yang bertemu kita itu akan mengingati kita. Orang yang benar-benar bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.

Sumber ;

-Prof Dr Muhaya.