Fenomena Akhir Zaman

FENOMENA AKHIR ZAMAN

Rumah semakin besar, tapi keluarganya semakin kecil.

Gelaran semakin tinggi, namun akal fikiran semakin rendah.

Ubat-ubatan semakin canggih, tapi kesihatan semakin buruk.

Pengembaraan keliling satu dunia, tetapi tidak kenal dengan jiran sebelah rumah sendiri.

Ilmu semakin tinggi, tapi emosi semakin rendah.

Jumlah manusia semakin ramai, namun rasa kemanusiaan semakin menipis.

Kecurangan semakin marak, kesetiaan semakin punah.

Semakin banyak teman di media sosial, tetapi tidak punyai sahabat yang sejati.

Minuman semakin banyak jenisnya, tapi air bersih semakin berkurang jumlahnya.

Pakai jam tangan mahal, tetapi tak pernah tepati waktu.

Ilmu semakin tersebar, tapi adab dan akhlak semakin lenyap.

Belajar semakin mudah, guru semakin tidak dihargai.

Teknologi semakin canggih, Fitnah dan Aib semakin tersebar.

Orang yang rendah ilmu banyak bicara, orang yang tinggi ilmu banyak berdiam diri.

Semoga Allah jauhkan kita dari fitnah akhir zaman….

 

Sumber: Ustaz Ahmad Nasir, 26/6/2019

Aura Positif..

Pastikan diri kita dikelilingi dengan orang yang mempunyai cita-cita, keinginan dan impian. Aura positif mereka akan meningkatkan aura positif kita dan aura positif kita akan meningkatkan aura positif mereka.

Bagaimana menilai sifat positif mereka? Lihat cara mereka berbual dengan kita. Tiada cerita sampah kerana mereka bukan langau. Mereka lebah yang berkongsikan madu.

#inspirasidrzubaidi

Sumber??

Baik…


ISNIN
24hb. Jun/20 SYAWAL 1440H

BAIK

“Kita berkongsi kata² yang baik bukan bermakna kita nak tunjuk baik tetapi apa salahnya kita berpesan² demi kebaikan walaupun kita sendiri banyak kekurangan”

#SalamSyawal

Sumber: Kelab Generasi Dinamik

Cerai Sebab Tak Jaga Solat

Cerai Sebab Tak Jaga Solat?

Kadi Besar Negeri Johor, Mohd Nooh Kadri berkata sebahagian besar daripada kes cerai datang daripada latar belakang keluarga yang tak jaga solat.

Bila ditanya pula kepada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ), 90% mengaku tak jaga solat. Mak saya sendiri seorang Ustazah di salah sebuah sekolah menengah di Pantai Timur. Dia mengadu kat saya kalau dia tanya anak murid dia siapa yang tak solat subuh lagi sebelum datang ke sekolah, hampir semua anak murid dia akan angkat tangan tanpa segan silu! Cuma seorang dua je yang solat!

Sebab tu saya nak pesan :

Sejahat mana pun kita — solatlah!
Walau rasa diri kita tak sebaik orang lain — solatlah!
Walau rasa dah putus asa untuk jadi orang baik — solatlah!
Walau tiap hari kita buat dosa besar — solatlah!
Walau tiap hari bergelumang dengan dunia — solatlah!

Makin kita jahat, makin kita kena solat. Sebab kita tak tahu pengakhiran kita camne nanti. Boleh jadi sekarang kita sejahat jahat manusia tapi Allah dah tutup aib kita. Boleh jadi juga sebab Allah nak bagi hidayah pada kita suatu hari nanti. Allah sebenarnya nak tengok hati kita je. Allah nak tengok kelunakan hati kita masa mengadu pada Dia je.

Saya pernah berkongsi cerita kat salah sebuah masjid di Jementah, Johor. Saya bagitahu jemaah kat sana yang selama saya jadi student medic dan selama saya jadi doktor ni walaupun dah beratus kematian saya tengok tapi tak sekalipun saya saksikan ada yang boleh mengucap 2 kalimah syahadah. Seriously takde!

Semua tergamam!
Saya lagi la tergamam!
Saya cuma berbaik sangka mereka sempat mengucap di dalam hati.

Semoga Allah jaga iman kita semua.
Semoga Allah jaga iman isteri kita semua.
Semoga Allah jaga iman suami kita semua.
Semoga Allah jaga iman anak-anak kita semua.

Kerana cinta ini adalah amanah.
Kerana cinta ini adalah anugerah.

Kredit :
P/ S : Saya Taufiq Razif bukan Ustaz tau. Cuma nak berkongsi cerita tentang bahaya tak jaga solat. Jom sayangi keluarga kita semua dengan perbaiki solat dan hubungan kita semua dengan Tuhan. Sila kongsikan maklumat ni pada keluarga kita semua. Semoga boleh masuk syurga bersama sama keluarga yang kita cinta ye

Sumber ??

Kerusi dan Gelagat Manusia

Kerusi dan gelagat manusia

Pernahkah kita berjumpa seseorang yang nampak biasa-biasa saja di majlis awam? Kemudian ada orang perkenalkan dia tu si anu atau si anu dengan jawatan itu dan ini. Apakah reaksi kita selepas mengetahui dia tu berkedudukan tinggi?

Bagaimana pula reaksi orang itu sendiri bila dia dapat kedudukan atau kerusi baru?

Ada beberapa sebab mengapa seseorang itu diberi kedudukan di dalam masyarakat. Di antaranya ialah berdasarkan kelayakan dan pencapaiannya selama ini. Ada juga kedudukan yang memerlukan seseorang itu popular, tak kira samada dia berilmu, berkemahiran dan mempunyai nilai yang tinggi. Di dalam keadaan yang lain, kedudukan dan kerusi itu diberikan sebab dia pandai mengampu orang yang ada kuasa untuk menentukan siapa yang layak duduk di kerusi berkenaan.

Bagi saya pandangan orang lain kepada pemilik kerusi itu tidak berapa penting. Yang lebih utama ialah bagaimana kerusi itu mempengaruhi orang yang mendudukinya.

Adakah dia bersyukur dan berasa dia memikul satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat? Adakah dia berasa dirinya lebih hebat dan pandai dari hari sebelum dia duduk di kerusi itu? Adakah perkara pertama yang dia buat ialah mencari jalan bagaimana mahu memanfaatkan diri dari kedudukan baru itu? Macam-macam ada.

Ketika saya dimaklumkan bahawa saya akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit pada tahun 2010, saya memaklumkannya kepada Tan Sri Abdul Samad Alias, orang yang banyak memberi nasihat kepada saya di dalam bidang profesional dan juga kehidupan.

Tan Sri Abdul Samad mengingatkan saya “Kamu kena tahu apa yang datang dengan kerusi yang diberikan dan apa yang akan pergi bila ianya ditarik dari kamu. Jika kamu boleh hidup dengan selesa tanpa kesemua perkara-perkara itu إن شاءالله kamu akan selamat. Jangan biarkan perkara-perkara itu masuk ke dalam kepala kamu”.

Memanglah dengan kedudukan ada datang pelbagai perkara terutamanya pujian dan sanjungan. Ada orang akan memuji kita di depan tetapi sebaliknya di belakang. Sebab itu jangan cepat syok sendiri dan berasa kita betul-betul hebat. Lagi tinggi kedudukan, bersusun orang mahu cium tangan kita walaupun baunya bukan wangi pun.

Yang malang bagi saya ialah bila tukang baiki basikal yang diberikan kerusi yang empuk sedikit, dia sudah berasa mampu membaiki kapalterbang. Malah lebih pandai dari jurutera yang melakukannya setiap hari. Orang-orang sebegini akan sentiasa ada di dalam mana-mana era sekali pun.

Setiap jawatan adalah amanah dan setiap amanah akan dikira di hadapan Allah. Jadikanlah ia jembatan ke syurga, bukan laluan ekspres ke neraka.

Semoga Allah memberi kita semua taufiq dan hidayahNya.

Sumber : Nik Hasyudeen, 22/6/2019