Tak Perlu Buang Masa Mengadu Pada Manusia..

Tak perlu kita buang masa mengadu masalah pada manusia yang hakikatnya setiap manusia juga penuh dengan masalah peribadi masing-masing. Meluah hanya sekadar membuatkan kita lega tetapi ia tidak menyelesaikan masalah. Yang menurunkan masalah, yang mencabut masalah, yang memberi perasaan gembira, yang memberi perasaan sedih, yang menjadikan seseorang itu kaya @miskin, yang mengatur kehidupan manusia adalah Allah SWT, justeru mintalah kepada-Nya dengan jalan solat dan sabar. DOA adalah faktor penyelesaian masalah yang paling utama disertai dengan usaha. Ketika ada dikalangan sahabat Nabi s.a.w yg datang dan mengadu kepada baginda s.a.w ekoran dia memiliki bebanan hutang yang terlalu banyak, Nabi s.a.w tidaklah menyelesaikan hutang itu dengan cara mengumpul harta untuk bantu orang itu, tetapi Nabi s.a.w mengajarkan DOA dan akhirnya setelah beberapa lama bebanan hutang yg banyak itu berjaya diselesaikan. Justeru berat mana pun masalah kita, lanjutkan rayuan kita pada Tuhan melalui DOA & JANGAN PUTUS ASA , sebaliknya istiqomahlah serta SABAR.

Sumber : Ustaz Muhammad Rizal