#KEHILANGAN_IBU_DAN_AYAH
Saya dihubungi oleh beberapa followers yang baru kehilangan ibu dan ayah tersayang dan mereka meluahkan bahawa mereka tidak dapat mengawal perasaan pilu dan rindu yang perit.
Ya, saya juga mengalami keadaan sedemikian sebelum ini. Saya juga agak baru kehilangan ibu tersayang lebih kurang 4 bulan yang lalu. Semasa ibu saya ada, setiap hari sabtu ahad saya bawa ibu saya ke pasar, sarapan bersama, saya pimpin dia , saya teman dia , saya bawa dia bersiar2. Setiap hari dia tidak pernah miss untuk call saya berulang2 kali, dan setiap petang dia menanti saya pulang dari kerja.
NAMUN kesemua ini telah hilang dalam kamus hidup saya tatkala menjadi kenangan rindu yang berterusan buat saya. Tidak dinafikan pada awal bulan yang pertama kehilangannya saya juga agak tidak stabil menahan keperitan rindu dan kepiluan yang tidak terkata. Hinggakan saya black list beberapa pasaraya dan kedai-kedai makan yang saya pernah bawa ibu saya ke situ kerana saya akan terbayang2 kenangan saya bersamanya. Kerinduan ini tidak pernah berakhir dan doa harian menjadi pelepas rindu saya kepadanya.
Kita perlu hadap perkara ni dan kita tidak ada pilihan lain untuk menahan kepiluan dan keperitan itu. Namun untuk meredakan kepiluan itu, saya sering kumpulkan sebahagian besar adik beradik saya, kami rapatkan hubungan kemesraan dan saya mengingatkan bahawa jangan tinggalkan doa untuk ibu kami.
Justeru bagi mereka-mereka yang baru kehilangan mak/ayah, bersabar dan bertabah, kita tidak boleh lari dari kepiluan itu dan ia tidak akan pernah berakhir. Namun, belajar untuk terima hakikat bahawa samada cepat atau lambat perpisahan itu tetap akan berlaku kerana ia adalah takdir yang mutlak, bukan kita sorang yang menghadapi tetapi akan dirasai oleh semua orang.
Kehilangan insan berharga ini amat dirasai oleh mereka yang rapat dengannya namun, bakti yang pernah kita sumbangkan itu membuatkan kita rasa aman dan tidak kesali.
Nasihat saya, setiap kali kita rindu pada mereka maka jangan putus untuk beristighfarlah kepada mereka, ziarahi orang2 yang dekat dengannya , bersedekah untuknya serta banyaklah berbuat kebaikan moga-moga kebaikan yang kita lakukan itu bermanfaat buat mereka. Jangan banyak termenung, kehidupan tetap perlu diteruskan dan sedarilah bahawa kita juga akan pasti menyusuli mereka.
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI , JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR
~ MRJ