MINYAK ZAITUN UNTUK PESAKIT GASTRITIS
Antara perkara yang menjadi idaman saya ialah untuk lebih mendekati diri kepada NYA apabila umur semakin meningkat. Antaranya ialah saya bercita-cita melakukan puasa Nabi Daud. Puasa berselang sehari.
Ia bukan saja baik untuk kesihatan tetapi baik untuk spiritual kita. Selalu mengingati kita hamba apabila menahan diri dari melakukan apa yang kita suka (makan dan minum) walaupun halal.
Cuma yang menjadi masalahnya ialah saya selalu beranggapan bahawa saya ada masalah gastrik. Bila agak lambat makan, perut saya akan rasa tak selesa, berkeroncong dan pedih.
Itu yang menyebabkan saya rasa tidak selesa apabila tidak bersarapan, atau lambat makan. Akhirnya saya kerap makan untuk mengelakkan rasa yang tidak selesa. Itu yang menyebabkan saya makan lagi dan lagi. Saya jadi obese sehingga berat mencapai 105kg.
Bila saya fikir semula, betulkah saya ada gastrik sehingga menghalang saya berpuasa. Sedangkan pada bulan puasa, saya tidak mengalami masalah ini sedikit pun.
Sepatutnya selepas 10 jam berpuasa (lebih kurang waktu Asar), perut saya sudah pedih, dan saya terguling-guling menahan sakit. Tetapi ia tidak berlaku….
Saya yakin ini semua mainan minda bila otak membaca mesej yang salah. Saya percaya sebenarnya saya haus, bukan lapar atau pun mengalami masalah gastritis.
Bila mahu memulakan amalan puasa di luar Ramadhan memang rasa takut. Takut pedih perut. Tapi saya memujuk hati. Kalau tak tahan pedih perut nanti, makan dan minum saja lah. Apa nak risau sangat.
Pada mulanya, apa yang saya takuti memang berlaku. Bila masuk pukul 10 pagi, perut rasa tak selesa. Minta diisi. Tangan menggigil. Otak tak boleh nak berfikir. Teringat mahu makan saja.
Tapi saya tabahkan hati. Saya malas nak layan perasaan itu. Minum air yang banyak. Ambil dua sudu minyak zaitun, OLIVIE. Akhirnya rasa tidak selesa hilang perlahan-lahan.
Hari ini saya mampu melakukan puasa sunat dan Intermittent Fasting hampir setiap hari. Paling awal saya makan semula selepas 12 jam dari masa
terakhir saya makan semalam. Kalau kali terakhir saya makan (dinner) pukul 9am, saya akan pastikan saya akan makan semula selepas 12 jam atau lebih, iaitu sekurang-kurangnya pukul 9 pagi.
Masa mula dulu, bila rasa tidak selesa saya akan minum air kosong beberapa gelas dan ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Rupanya usaha saya tidak sia-sia.
Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh sebuah journal, mengatakan pengambilan minyak zaitun dara (Extra Virgin Olive Oil) yang menjadi sebahagian dari diet Mediterranean mungkin dapat membantu menghalang dan merawat jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) dalam perut.
Boleh rujuk: American Chemical Society. “New Potential Health Benefit Of Olive Oil For Peptic Ulcer Disease.” ScienceDaily. ScienceDaily, 14 February 2007.
Jadi bagi mereka yang rasa ada masalah gastrik dan mahu melakukan puasa sunat, berjumpalah dengan doktor. Mana tahu penyakit ‘gastrik’ yang kita menghantui kita selama ini hanyalah mainan minda.
#oliviedrzubaidi
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad