Berehat seketika di R&R tapah sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Sedikit tazkirah untuk dikongsi bersama, ketahuilah bahawa jodoh tidak pernah tersalah alamat. Ia adalah ketetapan yang telah ditakdirkan. Terimalah segala kekurangan, binalah ikatan kasih sayang dengan ikhlas dan pandulah kehidupan dengan mendekatkan diri dengan Agama.

Salah faham dan berselisih faham itu adalah pasti, namun ia perlu dikawal dengan tolerensi, kesabaran serta menahan marah. Tegurlah untuk memperbaiki dan bukan menyalahkan. Perbanyakkan ucapan sayang, berlembut di dalam berbicara dan bersikap give and take.

Usahakan untuk membahagiakan pasangan masing2. Ini adalah usaha bersama bukan hanya sebelah pihak. Sayangilah pasangan kita kerana Allah, laksanakan tanggungjawab kerana Allah dan tunaikan hak masing2 kerana Allah.

Semoga, kita diberikan kebahagian di dunia dan menjadikan akhirat sebagai matlamat hidup. Saling memaafkan dan teluslah di dalam kepercayaan. Rindukan Syurga, dan buang semua perasaan negatif dan sandarkan tawakal kita kepada Allah, Insyaa Allah berkah.

Sumber : MRJ

~MRJ

1. Jadikan memperbanyakkan berselawat pada hari jumaat itu adalah amalan yang mesti kita lakukan kerana ia adalah sunnah yang sangat dianjurkan. Untuk apa? Bagi meraih syafaat Nabi s.a.w ketika kita berada terlalu lama diMasyar kelak.

2. Boleh juga amalkan surah Al Khafi. Jika rasa panjang nak baca dalam satu waktu, maka kita boleh baca secara runcit2, pagi sikit, tgh hari sikit dan petang sikit asalkan ia dihabiskan sebelum maghrib.

3. Setiap kali keluar nak pergi kerja niatkan untuk mencari nafkah yang halal kerana setiap perbuatan baik yang disertai dengan niat itu akan melahirkan pahala yang besar.

4. Doakan mak/ayah kita setiap hari dengan lafadz doa
“Rabbighfirli waliwalidayya warhamhuma kama rabbayani shaghiro”. Boleh sahaja lafadz kalimah ini pada bila2 masa dan kalimah doa ini boleh dibacakan samada mereka masih hidup atau yang telah meninggal.

5. Jika ditempatkan kerja kita, jauhi sembang2 kuning(lucah) dan jauhi puak2 membawang ni. Tidak dinafikan ada berlaku sembangan ranjang suami isteri dikongsikan bersama rakan sedangkan itu adalah dosa berat yang akan diazab teruk diakhirat. Kata Nabi s.a.w,
ان شر الناس منزلة عند الله يوم القيامة الرجل يفضي الى امرأته وتفضي اليه ثم ينشر سرها – رواه مسلم
“Paling dahsyat buruknya kedudukan manusia di sisi Allah nanti di akhirat kelak adalah orang laki-laki yang berhubungan badan dengan istrinya, lalu ia menceritakan hubungannya pada orang lain”. (HR. Muslim)

6. Plan balik hujung minggu untuk balik ziarah mak/ayah(bagi yg dekat). Bagi yang jauh maka call lah mereka sebagai ihsan di dalam berbuat kebaikan.

7. Selalulah bawa minda kita agar ingat kepada Allah kerana apabila kita sentiasa ingat kepadaNYA maka kita akan merasai diri kita secure diawasi, hati kita jadi tenang dan terkawal untuk melakukan perkara2 yg tidak baik.

8. Jaga lisan kita, jangan berkata kepada sesuatu yang menyakitkan hati orang lain, diam adalah lebih baik dari byk berbicara.

9. Kita tak perlu bimbang untuk mencari kebaikan ditempat yang jauh sedangkan suami/isteri/anak2/mak/ayah kita adalah ladang pahala untuk kita berbuat kebaikan. Ajar Agama pada anak2 kita, santuni suami/mak/ayah kita dan bantulah menringankan urusan mereka.

10. Semoga kita beri taufiq dan hidayah oleh Allah untuk terus memperbaiki diri, istiqomah mengamalkan sunnah dan berada dikalangan orang2 yang menegur dan mengingatkan.

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Sumber :
~MRJ