Buat lah sebanyak mungkin kebaikan, kerana kebaikan kita akan terbuka pada hari kita meninggal.. yang kita tak nampak, tetapi orang lain nampak ?

Sumber: Penawar Hati

KETENANGAN

“ KETENANGAN….”

Kadang-kala kita tersilap faham tentang makna bahagia yang sebenar. Bagi kita bila seseorang itu hidup dia mewah. Duduk di dalam rumah yang berhawa dingin. Makan makanan yang sedap-sedap. Pakai pakaian yang mewah-mewah. Apa sahaja yang dia nak dia boleh dapat. Kita merasa hidup dia dah cukup bahagia.

Tapi sebenarnya tak.

Kita silap.

Kerana bahagia itu datang dari hati yang tenang. Jiwa yang merasa Allah sentiasa ada. Bila kaya tak semestinya hidup kita akan bahagia. Kerana ada orang yang hidup dia penuh dengan kemewahan tapi dia tak pernah merasa bahagia. Walaupun dia duduk di dalam rumah yang mewah tapi hidup dia penuh dengan kekosongan.

Kerana bahagia itu ada pada ketenangan. Ketenangan yang hadir bila mana hati sentiasa mengingati Allah, seperti kata Allah dalam Al-Quran

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Surah ar-Ra’du ayat 28).

Percayalah, walau dalam hidup ini kita hanya makan nasi kosong berlaukkan telur dadar dan sedikit kicap. Tapi jika kita bersyukur dengan Nikmat yang Allah dah beri itulah hakikat kebahagian yang sebenar. Yang ada di depan mata kita syukuri dengan Alhamdulillah. Bila tiada di depan mata kita tidak berharap ia menjadi milik kita.

Kerana dalam hidup ini ada perkara yang jauh lebih penting untuk kita kejar. Dan itu adalah redha Allah, serta rasa takut yang tinggi hanya kepada Allah.

Moga kita semua bahagia dengan jalan cerita yang Allah dah tuliskan untuk kita ?

Silakan kalian tekan butang SHARE andai bermanfaat. Tag sosial medial adik-beradik dan kawan-kawan kalian di ruangan komen. Dan andai sudi jemputlah join channel telegram saya ini http://telegram.me/themuhammadshafri

Follow juga instagram saya untuk lebih banyak kata-kata indah. Nasihat dari hati ke hati https://instagram.com/themuhammadshafri

#TheMuhammadShafri
Muhammad Shafri

Sumber : Muhammad Shafri