Sekiranya kita dipihak yang benar sekalipun lalu apabila ada pihak lain menuduh kita dengan tomahan-tomahan yang tidak berasas maka tinggalkan perdebatan. Diam itu adalah hikmah. Dengan meninggalkan perdebatan itu, Allah SWT akan binakan sebuah rumah yang indah di dalam Syurga.

Demikianlah seperti yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w di dalam sebuah hadith di dalam jaluran sanad yang baik.

Kata Nabi s.a.w,
أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا، وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

“Aku menjamin rumah di Syurga di tepian, bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar dan rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan pendustaan, sekalipun dusta itu untuk tujuan bergurau; serta rumah di Syurga bahagian atas bagi orang yang baik akhlaknya (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh Imam Al- Albani).

3 perkara yang kita jaga sebaiknya, maka Allah akan binakan sebuah rumah indah di Syurga dibahagian bawah(tepian), tengah dan atas iaitu orang yg meninggalkan perdebatan(persengketaan), meninggalkan dusta dan menjaga akhlak.

Sumber : MRJ

Hiasilah diri dengan adab dan akhlak mulia.

Islam meninggikan dan MENGUTAMAKAN orang-orang yang mahu menghiasi diri mereka dengan akhlak yang mulia. Jika akidah hebat mana sekalipun tetapi akhlak buruk maka ia sama sekali tidak bermakna.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Sebaik-baik kalian adalah yang paling mulia akhlaknya” (HR Bukhari dan Muslim)

Dan baginda s.a.w juga bersabda, “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat tempat tinggalnya denganku pada hari kiamat adalah yang paling mulia akhlaknya” (HR. Tirmidzi, shahih)

Dengan adab dan akhlak mulia pulalah kelak pada hari kiamat timbangan kebaikan seseorang itu akan lebih berat daripada timbangan amalan yang lain sebagaimana sabda Nabi s.a.w, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat daripada akhlak yang mulia” (HR. Tirmidzi, shahih)

ISTIQOMAH ZIKIR PAGI

Sumber :
~MRJ