Dalam keburukan masih ada kebaikan. Jika hati penuh cinta, mata akan mampu melihatnya.

Tapi jika hanya keburukan sahaja yang kelihatan, itu petanda hati sudah dikuasai oleh kebencian.

Nabi Isa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai.

Akan tetapi Nabi Isa berkata,
“ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!”

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Isa boleh berkata demikian?Lalu Nabi Isa menjawab,

“AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!”

Sumber : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, 7/4/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *