MENGELUH SAMPAI MATI

*MENGELUH SAMPAI MATI*

*Mengeluh* bukanlah antara sifat-sifat orang yg berjaya. Bahkan, mungkin ianya syarat untuk sesuatu kegagalan. Sifat negatif, yg buruk kepada manusia.

Hari ini *mengeluh* bosan, tak boleh bergerak kemana-mana. Esoknya *mengeluh* sebab tak sihat. Lusanya *mengeluh* sebab tak boleh bekerja.

Tahukah kita, mengeluh itu seakan-akan tidak redha dengan takdir ketentuanNya. Tidak redha nikmat yg selama ini dikecapi ditarik balik.

Bukankah kita perlu bersyukur dengan setiap yg kita ada. Dan bermuhasabah bila berlakunya sesuatu perkara. Sentiasa positifkan diri.

_Barang milik kita yg dipinjamkan kepada orang lain. Adakah pelik jika kita ambilnya kembali?_

Semestinya tidak. Kerana ianya milik kita. Kita berhak mengambilnya kembali. Tiada hak untuk peminjam untuk menahan kita dari mengambilnya.

Begitulah jua kita hidup di dunia. Segalanya adalah kepunyaan yg Maha Pencipta. Segalanya dipinjamkan sahaja kepada kita.

Kesihatan, masa, nyawa, kekuatan, kekayaan, kenikmatan, kegembiraan. Semuanya adalah pinjaman dariNya. Tiada satu pun milik kita sebagai hamba.

_Jadi, apakah mungkin kita hendak *mengeluh*? Bila Allah ambil balik sesuatu yg dipinjamkan kepada kita?_

Kalau hakikat di dunia pun sangatlah memalukan bila kita berbuat sebegitu kepada manusia. Yg tidak memberi apa-apa nikmat kepada diri kita.

Apatah lagi kepadaNya. Yg memberikan *berjuta-juta* nikmat kepada kita. Yg tidak akan terhitung oleh fikiran manusia. Bukankah lebih malu untuk mengeluh?.

Jika kita tukarkan segala *keluhan* dalam hidup kita, kepada *kesyukuran*. Nescaya lebih aman hidup kita. Bahkan, insyaAllah kejayaan milik kita.

Kesimpulannya, *ingat!* Allah tidak tambah nikmatnya bila kita mengeluh. Tapi, Allah akan menambah nikmat kepada kita bila kita bersyukur.

SUMBER :
Ikhlas,
Ustaz Yusri.
Tim Nusrah Prihatin

Link page Nusrah
https://m.facebook.com/pg/BKNUSRAHPRIHATINTRG

Jika ada orang yang memberikan kau kesenangan, kepada Allah jualah kau mengucap syukur. Allah telah menyalurkan nikmatNya melalui orang itu. Peliharalah nilai persahabatan dan persaudaraan dengan orang itu dengan baik.

Sebaliknya, jika ada orang yang menyusahkan mu, sedarlah bahawa dia hanya alat Allah untuk menguji mu. Berdoalah agar dia diberi petunjuk. Bersabarlah, kerana orang yang menggali lubang untuk menganiaya orang lain akan jatuh ke dalam lobang itu sendiri!

Sumber : Ustaz Pahrol 13/4/2020

 

Kadang, kita kena belajar berdiam

Kadang, kita kena belajar berdiam.

Belajar untuk banyak mendengar. Bukan untuk membalas, bukan untuk berlawan. Tetapi sekadar untuk meneliti. Memupuk sabar.

Kadang kita tidak tahu banyak, tetapi banyak bercakap. Kadang kita tidak sabar untuk mendengar, tidak tekun untuk meneliti, tetapi cepat mahu berhujah balas.

Akhirnya yang ada pada kita hanya semangat membara, yang tersasar hala tujunya, dek kerana kosong isinya.

Kita sering lupa bahawa botol ubat yang kosong, takkan mampu merawat pesakit. Sama jugalah ubat yang silap sasaran pesakitnya. Sakit demam tetapi diberikan kemoterapi. Tak selesai masalah.

Luangkan masa untuk berdiam. Sekali sekala, perlu ada waktu untuk kita fokuskan untuk muhasabah diri, untuk melihat pandangan orang lain, untuk lebih meneliti perspektif yang berbeza.

Kadang kita terlupa.
Yang kita hanya manusia biasa.

Muhasabah.

Sumber : Coach Zulzack, 13/4/2020