MENGELUH SAMPAI MATI

*MENGELUH SAMPAI MATI*

*Mengeluh* bukanlah antara sifat-sifat orang yg berjaya. Bahkan, mungkin ianya syarat untuk sesuatu kegagalan. Sifat negatif, yg buruk kepada manusia.

Hari ini *mengeluh* bosan, tak boleh bergerak kemana-mana. Esoknya *mengeluh* sebab tak sihat. Lusanya *mengeluh* sebab tak boleh bekerja.

Tahukah kita, mengeluh itu seakan-akan tidak redha dengan takdir ketentuanNya. Tidak redha nikmat yg selama ini dikecapi ditarik balik.

Bukankah kita perlu bersyukur dengan setiap yg kita ada. Dan bermuhasabah bila berlakunya sesuatu perkara. Sentiasa positifkan diri.

_Barang milik kita yg dipinjamkan kepada orang lain. Adakah pelik jika kita ambilnya kembali?_

Semestinya tidak. Kerana ianya milik kita. Kita berhak mengambilnya kembali. Tiada hak untuk peminjam untuk menahan kita dari mengambilnya.

Begitulah jua kita hidup di dunia. Segalanya adalah kepunyaan yg Maha Pencipta. Segalanya dipinjamkan sahaja kepada kita.

Kesihatan, masa, nyawa, kekuatan, kekayaan, kenikmatan, kegembiraan. Semuanya adalah pinjaman dariNya. Tiada satu pun milik kita sebagai hamba.

_Jadi, apakah mungkin kita hendak *mengeluh*? Bila Allah ambil balik sesuatu yg dipinjamkan kepada kita?_

Kalau hakikat di dunia pun sangatlah memalukan bila kita berbuat sebegitu kepada manusia. Yg tidak memberi apa-apa nikmat kepada diri kita.

Apatah lagi kepadaNya. Yg memberikan *berjuta-juta* nikmat kepada kita. Yg tidak akan terhitung oleh fikiran manusia. Bukankah lebih malu untuk mengeluh?.

Jika kita tukarkan segala *keluhan* dalam hidup kita, kepada *kesyukuran*. Nescaya lebih aman hidup kita. Bahkan, insyaAllah kejayaan milik kita.

Kesimpulannya, *ingat!* Allah tidak tambah nikmatnya bila kita mengeluh. Tapi, Allah akan menambah nikmat kepada kita bila kita bersyukur.

SUMBER :
Ikhlas,
Ustaz Yusri.
Tim Nusrah Prihatin

Link page Nusrah
https://m.facebook.com/pg/BKNUSRAHPRIHATINTRG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *