Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama & benih yang sama.

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikan nya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.

Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.

Jangan kita angkuh & sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta & duit yang kita ada kerana harta & duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak ??

Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ?? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak.

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk & jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina dimata allah..

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin..

Sumber Facebook: Tazkirah FB 27/2/2024

“ Sampai bila aku nak hidup macamni..? 

.

Hujung bulan duit habis bayar hutang…rasa macam kerja untuk bank ja…kerja macam nak gila…tapi alih alih duit gaji semua untuk bank “ sambil pakai helmet dan start motosikal Yamaha SS warna hitam pemberian ayah mertua. 

.

Selepas bank in di cash deposit machine yang terletak di tepi bank saya pun berlalu pergi dengan hati yang bercampur baur. Mana taknya, gaji baru masuk, tapi selepas bayar tu, bayar ni tinggal beberapa ringgit saja balance.

.

Perasaan ni bukan sekali…bukan dua kali..tapi berpuluh kali terjadi dan seperti biasa, ianya akan jadi semasa hari gaji. Masuk saja gaji, esoknya bank balance dah tinggal dua digit.

.

Sebagai anak muda, nak juga merasa naik kereta baru…sebagai anak muda nak juga merasa pakai kasut Adidas Predator masa main bola atau rugby dengan kawan kawan…sebagai anak muda nak juga ada handphone communicator.

.

Pernah tak kita sebut, “ Nak juga merasa ..”

.

Sebenarnya, bank tak salah. Tapi yang salah attitude “ Nak juga merasa “ saya tu. Kalau ayat “ Nak juga merasa” tu masa sudah berkemampuan tak apa, ni duit pun cukup makan. Tu yang buat personal loan, pakai kad kredit dan beli barang dengan ansuran mudah nak beli barang barang yang bersifat ‘tak ada pun tak apa’. Jadi, sampai hari gaji, tension sendiri la jawabnya sebab nak bayar hutang yang tak sepatutnya kita ambil. 

.

Cumanya sebagai manusia berkehendakkan sesuatu itu tidak salah, Cuma yang salah bila kita berbelanja melebihi kemampuan. Sebab apa ? sebab “ Nak juga merasa “. 

.

Ini ada 4 langkah untuk mengubat perasaan “ Nak juga merasa “ tu.

.

Langkah pertama : Jika kita teringin nak beli sesuatu yang diluar kemampuan kita buat masa ni, contoh nak beli kereta, reward diri anda dengan sesuatu yang baru yang jauh lebih murah contohnya beli baju baru atau kasut baru.

.

Langkah kedua : Elakkan dari berjumpa dengan rakan rakan yang mempunyai barang yang kita nak beli, contohnya Iphone keluaran terbaharu. Sebabnya nanti kita akan Tanya dan dia akan ‘racun’ kita dan masa tu kita akan nampak betapa pentingnya iphone baru dalam hidup kita.

.

Langkah ketiga : Pernah dengar tak ayat, kalau emosi  tinggi, logic akan turun? That’s why jangan buat keputusan semasa kita terlalu sedih atau terlalu gembira kerana pertimbangan kita berat kepada emosi (kecuali kita memang sudah berilmu dalam satu satu perkara yang kita nak decide). Jadi, naikkan logic kita dengan cari ilmu supaya emosi “nak membeli” kita turun.

.

Langkah keempat : Sabar, jangan terburu buru. Trust the process. Selesaikan hutang dan beli barang keperluan dulu. InshaAllah bila masanya tiba, kita akan dapat apa yang kita nak.

.

Sebabnya bila kita dah beli barang yang kita nak terutamanya barang barang yang “ nak juga merasa “, feelnya sebenarnya selepas kita beli  atau beberapa minggu lepas kita beli…“ eh ini je ke rasa dia ? “

Sumber : Telegram Rizal Rashid Chanel

Rizal Rashid

Menulis untuk berkongsi dan memberi inspirasi

Kita nak panjang umur. 

Tapi nak tak sampai tua nyanyuk?

Kita berlindung kepada ALLAH daripada tua bangka.

Kita walaupun tua tapi masih boleh uruskan diri, masih boleh solat, masih boleh mengaji, masih ingat, maka itu bagus. 

Sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.” 

(HR Tarmizi)

___

Kalau ALLAH takdirkan kita umur 100 tahun katakan, kita masih lagi boleh hadir kuliah Dhuha masa umur 100 tahun ni, maka ini orang baik. Orang macam ni ALLAH malu untuk azab dia sebab dia sudah lama taat pada ALLAH.

Tapi kalau kita masuk umur 70 mula nyanyuk, ambil wudhuk pun basuh kaki dulu, mula berak merata, mula susahkan anak-anak nak cebokkan kita, keluar rumah je sesat tak tahu nak balik rumah, mula makan tak selera, dah mula susahkan orang , sampai berbalah anak-anak kita siapa nak jaga kita. Ini yang kita tak nak.

____

Bila kita tengah sihat dan segar, anak-anak berebut nak jaga kita. 

Tapi kalau kita tengah sakit, anak-anak berebut tak?

Sebulan dua sakit, mungkin anak-anak berebut. 

Tapi kalau dah sakit bertahun-tahun dan nyanyuk , ada anak-anak berebut?

Kebanyakannya bergaduh tak nak jaga mak ayah, sampailah mak ayah tu meninggal. Itu ujian bagi anak-anak.

Sebab itu kita tak nak anak-anak kita jadi anak-anak derhaka bila kita tua.

Anak-anak kita comel-comel, baik-baik, bagus-bagus. Bila panggil balik raya, berebut nak balik.

Tapi time kita sakit?

Semua lepas tangan.

Dan kita bimbang kalau kita sebagai mak anggap anak kita derhaka , maka besar natijahnya. 

Maka kita minta berlindung kepada ALLAH,

“Ya ALLAH, lindungilah aku daripada tua bangka. Tua yang tak boleh urus diri. Lindungilah aku daripada tua yang menyusahkan anak-anak kerana aku bimbang anak-anak derhaka.”

______

Bukan kita orang biasa sahaja diuji dengan anak-anak. 

Tok-tok Guru juga diuji. 

Anak-anak mereka pun ALLAH uji. Umur sampai ke tua, berat anak-anak nak kendong, nak dukung, nak basuh berak, nak cungkil tahi. Ini semua benda berat. 

Kita doa, 

“Ya ALLAH, janganlah sampai aku tua nyanyuk. Sampai menyusahkan anak-anak. Sampai anak malu nak mengaku aku mak dia sebab aku nyanyuk dan tua bangka. Aku berlindung kepada-MU Ya ALLAH dari tua bangka dan nyanyuk.”

______

Bila kita dah tua sangat, mudah juga kita kena fitnah.

Orang Melayu kita ni bila tengok orang tua dah tua sangat, mulalah dia nak fitnah orang tua tu.

“Ehhhh dah tua dah.. makan selera lagi. Makan kuat. Bela hantu raya lah tu.”

Dia tengok orang tua tu dah tua sangat, lepas tu makan pulak selera, dia tuduh orang tua tu bela jin lah tu. 

Inilah fitnah!

Maka mintalah perlindungan ALLAH daripada tua bangka.

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari tua bangka.”

______

Wallahu’alam.

Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber: Telegram Ceramah Ustaz & Ustazah

#yusnizayaziz 

#TokkuPasirgudang 

#kitabAlAzkarImamAnNawawi

8 Syaaban 1445H

15 Februari 2024

Terus sahaja buat baik walaupun dibalas jahat atau tidak dibalas. Nanti Allah aturkan ada orang baik lain yang akan buat baik pada kita. Yakinlah setiap perbuatan baik akan dibalas baik. Jika tidak didunia di Akhirat itu pasti.

Allah jumpakan kita dengan orang yang kurang baik untuk membentuk sabar, redha dan tenang. Selagi kita tak berubah selagi itu asyik jumpa sahaja golongan ni. Sebab kita tak faham cara Allah nak didik kita dan kita belum lulus ujian tu untuk naik ke darjat lain.

Ada orang dia boleh dan mudah sahaja maafkan dan doakan yang baik-baik kepada yang menyakiti dia. Dia memilih untuk memaafkan kerana dia tahu hati dia berhak untuk bahagia dan tenang. Dia sedar hidup di dunia tidak lama.
.
.
Teringat satu hadis Nabi mengenai ganjaran seorang mukmin itu yang bersabar atas perbuatan buruk sesiapa sahaja kepada dirinya. Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ

Maksudnya: “Seorang mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar atas perbuatan buruk mereka lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan tidak bersabar atas perbuatan buruk mereka.” (HR Ibnu Majah)

Begitu juga Nabi SAW bersabda tentang ganjaran mereka yang lebih memilih untuk takut kepada Allah dan terus berakhlak mulia, ganjarannya syurga. Sabda Rasulullah SAW:

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجَنَّةَ، فَقَالَ: تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW ditanya tentang apakah punca yang paling banyak menyebabkan orang masuk ke syurga. Baginda menjawab: Mereka yang bertakwa dan berakhlak mulia.” (HR al-Tirmizi, hadis sahih)
.
.
Sebelum lelapkan mata, maafkanlah setiap orang yang telah melukai, termasuk diri sendiri. Mohonlah agar Allah bantu untuk peroleh tenang dan bahagia bukan sahaja di Dunia tapi juga di Sana. 😢🤲🏻

Asma’ binti Harun

Sumber Facebook: Ustazah Asna’ binti Harun

UAHSahabatDuniaAkhirat

Jika Jiwa ini Diambil oleh Nya…

Allah mengambil jiwa kita saat tidur dan mengembalikannya, Akan ada saatnya nanti Allah ambil jiwa kita dan tidak mengembalikannya.

Saat dikembalikan, apakah kita berterima kasih?

Wujud terima kasih bisa dalam bentuk MENJAGA hari ini dalam KEBAIKAN.

Mendengar hanya yang baik, Memikirkan hanya yang baik, Melakukan hanya yang baik,

Jika Bulan Baik bernama Ramadhan akan Allah “ambil” dari kita, apakah kita BERUNTUNG atau MERUGI?

Ada yang Ramadhan lalu MASIH HIDUP dan BELUM BAIK mengisinya, Dia merencanakan Ramadhan ini INGIN LEBIH BAIK, Tapi sebelum Ramadhan Datang, Allah sudah mengambil Jiwa nya (dan tidak dikembalikan lagi ke tubuhnya).

Dan apakah KITA YAKIN masih bertemu dengan Ramadhan Terbaik kita?

Pergilah ke Rumah Allah, menangislah, bertaubatlah jika Ramadhan ini BELUM BAIK.

Minta ke Allah (Diwaktu Mustajab -Di Sujud mu), supaya tahun Depan diberi KEKUATAN bersiap pada Ramadhan dari Rejab dan Sya’ban.

Kerana Jika tidak ada PEMANASAN di Rejab dan Sya’ban secara lazimnya Ramadhan depan akan jadi Ramadhan yang BELUM BAIK lagi.

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Nasir

Kita nak panjang umur.

Tapi nak tak sampai tua nyanyuk?

Kita berlindung kepada ALLAH daripada tua bangka.

Kita walaupun tua tapi masih boleh uruskan diri, masih boleh solat, masih boleh mengaji, masih ingat, maka itu bagus.

Sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.”

(HR Tarmizi)


Kalau ALLAH takdirkan kita umur 100 tahun katakan, kita masih lagi boleh hadir kuliah Dhuha masa umur 100 tahun ni, maka ini orang baik. Orang macam ni ALLAH malu untuk azab dia sebab dia sudah lama taat pada ALLAH.

Tapi kalau kita masuk umur 70 mula nyanyuk, ambil wudhuk pun basuh kaki dulu, mula berak merata, mula susahkan anak-anak nak cebokkan kita, keluar rumah je sesat tak tahu nak balik rumah, mula makan tak selera, dah mula susahkan orang , sampai berbalah anak-anak kita siapa nak jaga kita. Ini yang kita tak nak.


Bila kita tengah sihat dan segar, anak-anak berebut nak jaga kita.

Tapi kalau kita tengah sakit, anak-anak berebut tak?

Sebulan dua sakit, mungkin anak-anak berebut.

Tapi kalau dah sakit bertahun-tahun dan nyanyuk , ada anak-anak berebut?

Kebanyakannya bergaduh tak nak jaga mak ayah, sampailah mak ayah tu meninggal. Itu ujian bagi anak-anak.

Sebab itu kita tak nak anak-anak kita jadi anak-anak derhaka bila kita tua.

Anak-anak kita comel-comel, baik-baik, bagus-bagus. Bila panggil balik raya, berebut nak balik.

Tapi time kita sakit?

Semua lepas tangan.

Dan kita bimbang kalau kita sebagai mak anggap anak kita derhaka , maka besar natijahnya.

Maka kita minta berlindung kepada ALLAH,

“Ya ALLAH, lindungilah aku daripada tua bangka. Tua yang tak boleh urus diri. Lindungilah aku daripada tua yang menyusahkan anak-anak kerana aku bimbang anak-anak derhaka.”


Bukan kita orang biasa sahaja diuji dengan anak-anak.

Tok-tok Guru juga diuji.

Anak-anak mereka pun ALLAH uji. Umur sampai ke tua, berat anak-anak nak kendong, nak dukung, nak basuh berak, nak cungkil tahi. Ini semua benda berat.

Kita doa,

“Ya ALLAH, janganlah sampai aku tua nyanyuk. Sampai menyusahkan anak-anak. Sampai anak malu nak mengaku aku mak dia sebab aku nyanyuk dan tua bangka. Aku berlindung kepada-MU Ya ALLAH dari tua bangka dan nyanyuk.”


Bila kita dah tua sangat, mudah juga kita kena fitnah.

Orang Melayu kita ni bila tengok orang tua dah tua sangat, mulalah dia nak fitnah orang tua tu.

“Ehhhh dah tua dah.. makan selera lagi. Makan kuat. Bela hantu raya lah tu.”

Dia tengok orang tua tu dah tua sangat, lepas tu makan pulak selera, dia tuduh orang tua tu bela jin lah tu.

Inilah fitnah!

Maka mintalah perlindungan ALLAH daripada tua bangka.

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari tua bangka.”


Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

TokkuPasirgudang

kitabAlAzkarImamAnNawawi

8 Syaaban 1445H
15 Februari 2024

Sumber: Facebook Yusniza Yaziz

MENYENDIRI LEBIH SELAMAT

Akhir-akhir ini baru kita sedar bahawa ternyata yang sekarang dicari itu adalah tenang. Tak mahu masuk kepada perkara-perkara yang rumit. Tak tertarik lagi pada drama-drama hidup yang tak jelas. Cukup damai jadi sederhana tanpa banyak pura-pura. Kita kehilangan diri kita sendiri saat berusaha membahagiakan orang lain. Sekarang kita kehilangan sebahagian orang ketika kita bertemu dengan diri kita sendiri.

Dulu kita selalu menafikan perasaan dan berbohong pada diri sendiri atau mungkin terlalu menjaga hati orang lain tapi tidak diri sendiri. Terlalu ingin memenuhi ekspektasi orang lain. Hingga kita tak sedar sebenarnya tindakan itu menyebabkan kita semakin jauh dengan diri kita sendiri. Sekian lama menjauh membuat kita rindu pada diri kita sendiri. Satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan pada orang lain. Kini kita sedang belajar memahami diri kita sendiri.

Setiap orang punya cara masing-masing untuk melalui hidup. Bahkan kadang-kadang si tukang motivasi hanya sedang berusaha melupakan kesedihannya sendiri. Kadang-kadang dalam hidup ini, kena pentingkan diri sendiri juga. Sebab tak ada orang lain yang akan pentingkan kita. Tak perlu bersusah payah berusaha nak puaskan hati orang. Sedangkan orang langsung tak pernah nak berusaha untuk jaga hati kita.

Ya berkorban memang berkorban, cuma kalau kita terlampau berkorban untuk kebahagiaan orang lain hingga kita sendiri hilang alasan untuk hidup gembira. Hidup kita terasa kosong, jadi buatlah sesuatu untuk benar-benar menggembirakan hati kita. Kadangkala kita perlu menyepi untuk mencari kekuatan diri yang telah hilang. Adakala kita perlu menyepi untuk mencari ketenangan. Adakalanya kita perlu menyepi untuk kebaikan diri kita sendiri. Menyendiri lebih baik, jika bergaul dengan manusia tidak mendatangkan suatu kebaikan. Maka, MENYENDIRI LEBIH SELAMAT.

Kredit: Diari Hati

Sumber Facebook: Aku Mencintaimu Ya Rasulullah

KEKUATAN ISTIGHFAR

Perbanyaklah istighfar, terutama dalam sujud penghujung malammu.

“Barangsiapa memperbanyak istighfar, Allah akan menjadikannya dari setiap kesusahan ada jalan keluar, dan dari setiap kesempitan ada penyelesaian, serta menganugerahinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Perbanyaklah memohon ampunan kepada Allah, agar anda mendapatkan kelapangan dan ketenangan hati, rezeki yang halal, keturunan yang soleh dan pertolongan yang berlimpah disisi-Nya.”

Nasihat Ulama : “Dalam waktu-waktu yang mustajab atau ketika di tempat-tempat mustajab, janganlah engkau berdoa meminta agar dimudahkan rezekimu atau dipanjangkan umurmu, tapi mintalah agar dosa-dosamu diampuni kerana sejatinya dengan bersihnya dari dosa-dosa maka segala urusan nescaya akan dimudahkanNya, termasuk rezeki, jodoh, pekerjaan, ilmu dan lain sebagainya.)”

FirmanNya, “Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.”
(Surah At-Talaq)

Wahai manusia !
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Sumber: Facebook , Ustaz Ahmad Nasir

Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.

Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar. Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100.

Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi. Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada. Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali.

Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.

Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.

Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.

Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.

Satu hari, dia tanya, “awak tadah tangan tu kenapa?”

“Doa.” Balas saya.

“Doa apa?” Tanya dia.

“Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar.” Jawab saya.

“Awak pun doa untuk bisnes saya?” Dia seolah sinis.

“Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya.” Kata saya lagi.

Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.

Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan. Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya. Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.

Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya. Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.

Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa. Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.

Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.

Satu hari, dia jumpa saya dan kata, “saya sudah percaya tentang doa awak.”

“Percaya bagaimana?” Tanya saya.

“Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai.” Kata dia.

Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali. Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang. Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.

“Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah.”

Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.

Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.

Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.

Wallahu A’lam.

Simpan kat wall fb masing-masing ya

Sumber: Facebook, Viral Media Johor

12/2/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Menemui Ketentraman Hati Melalui Zikir, Syukur, Istighfar, dan Sujud

Dalam liku-liku kehidupan, hati kita seringkali mengalami berbagai keadaan; sunyi, gembira, marah, dan sedih. Islam mengajarkan kita cara menghadapi setiap keadaan tersebut dengan mengingat Allah SWT, karena Dia Maha Mendengar, Maha Memberi, Maha Pemaaf, dan Maha Pengasih.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28)

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang hamba menghadapi sesuatu yang menyusahkannya lalu dia berkata: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahumma ujurni fi musibati wakhluf li khairan minha’ kecuali Allah akan menggantikan baginya dengan yang lebih baik.” (HR. Muslim)

1. Ketika Hati Merasa Sunyi: Berzikirlah

Dalam kesunyian, kita sering merasa sepi dan terisolasi. Namun, dengan berzikir, kita mengingat bahwa Allah SWT selalu bersama kita, mendengar setiap bisikan hati kita. Zikir membawa ketenangan dan kehangatan dalam kesunyian.

2. Ketika Hati Merasa Gembira: Bersyukurlah

Kegembiraan adalah nikmat yang harus kita syukuri. Bersyukur kepada Allah atas segala kegembiraan yang kita rasakan mengundang lebih banyak keberkahan dalam hidup kita. Syukur menjadikan kita lebih menghargai setiap nikmat yang diberikan.

3. Ketika Hati Merasa Marah: Beristighfarlah

Kemarahan seringkali membawa kita kepada kata-kata atau tindakan yang kita sesali kemudian. Dengan beristighfar, kita memohon ampunan atas kemarahan yang telah terjadi dan meminta bantuan Allah untuk mengendalikan emosi kita.

4. Ketika Hati Merasa Sedih: Bersujudlah

Kesedihan adalah bagian dari ujian kehidupan. Dalam kesedihan, sujud dalam solat adalah cara kita merendahkan diri di hadapan Allah, memohon kesabaran, kekuatan, dan penghiburan. Sujud adalah momen di mana kita paling dekat dengan Allah, tempat kita menumpahkan segala isi hati.

Doa:

“Ya Allah, dalam sunyi kami berzikir kepada-Mu, dalam gembira kami bersyukur kepada-Mu, dalam marah kami beristighfar kepada-Mu, dan dalam sedih kami bersujud kepada-Mu. Jadikanlah hati kami selalu dekat dengan-Mu dalam setiap keadaan. Aamiin.”

Semoga kita selalu menemukan ketenangan dan kekuatan dalam setiap keadaan hati kita dengan mengingat Allah SWT. 

🤲🤲🤲

Sumber: Telegram Ustaz dan Ustazah

.

https://tazkirahustazustazah.com/pendrivezikir/

.