Kepada para pemandu tertutamanya bagi yang menaiki motosikal, sedarilah bahawa anda sangat terdedah dengan risiko kemalangan memandangkan jumlah kenderaan di jalan raya terlalu banyak. Silap sikit sahaja ia akan mengakibatkan kecederaan yang teruk, kerosakan kenderaan dan wang pun akan banyak habis. Lebih-lebih lagi asbab risiko kematian. Kasian anak isteri bila kamu terkena musibah.

Justeru, bentenglah diri dari berlakunya musibah yang tidak dijangka melalui amalan doa agar kamu terpelihara dari mudharat yang besar. Samada yang menaiki kereta atau motor amalkan sunnah ini.

DOA 1 : (SELEPAS SELESAI SOLAT SUBUH)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismilaahil hil ladzi laa yadhurru ma ‘asmihi syay’un fil ardhi wa laa fis samaa wahuwas samii’ul ‘aliim

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Dibaca 3kali selepas selesai solat subuh)

DOA 2 : (KETIKA KELUAR RUMAH)

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa haula wa laa quwwata illaa billaah.

Maksud : Dengan nama Allah (aku keluar). Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

(Dibaca sekali sebaik keluar rumah)

DOA 3 : (KETIKA DI ATAS KENDERAAN DAN NAK GERAK)

سُـبْحانَ الّذي سَخَّـرَ لَنا هذا وَما كُنّا لَهُ مُقْـرِنين، وَإِنّا إِلى رَبِّنا لَمُنـقَلِبون

Subhana-alladhi sakh-khara la-na hadha wa ma kunna la-hu muqrinin. Wa inna ila Rabbi-na la munqalibuun

Maksudnya: “Maha Suci Engkau yang menundukkan semua ini untuk kami, padahal sebelumnya kami tidak mampu menguasainya dan sesungguhnya hanya kepada kami akan kembali kepada Tuhan kami.”

(Dibaca sekali sebaik berada di atas kenderaan dan bersedia nak memulakan perjalanan).

Sewaktu disepanjang perjalanan lazimilah ucapan istighar secara berterusan, seringkasnya ASTAGHFIRULLAH.

Hikmahnya adalah : Rezeki anda akan bertambah dan seandainya kamu ditakdirkan meninggal asbab kemalangan tersebut, kematian kamu adalah di dalam keampunan Allah.

Tak rugi amal, kamu selamat dan pahala pun dapat.

Sumber Facebook :5/2/2024

~MRJ