Antara tanda iman seseorang itu SUBUR adalah dia merasa betul-betul EXCITED untuk menyambut Ramadhan.
Justeru dia akan berdoa agar disampaikan kepada Ramadhan dan dia akan melakukan WARMINGUP RAMADHAN.
Nak gerak kereta pun perlu kena warmup kan engine, nak excercize pun kena buat warming up, nak masak kek kena warmupkan oven dan hakikatnya begitulah juga dengan IBADAH lebih lebih lagi ibadah yang besar.
Sebelum Tahajjud Nabi ﷺ akan warming up dengan melakukan solat sunat yang ringan, begitulah dengan persediaan untuk menyambut Ramadhan di mana baginda ﷺ akan banyak berpuasa sunat di bulan Sya’aban.
Seringkali kita lihat ada orang minggu pertama bersemangat datang terawikh, masuk minggu kedua dah mula berat, dan dipenghujung terus hilang. Ada orang yang mula-mula masuk Ramadhan terus bom baca Quran kaw kaw pastu masuk hari yang 5, 6 dan seterusnya semakin malas dan bosan. Sedekah banyak-banyak awal Ramadhan, pastu dah tak buat.
Maka kerana itu Nabi ﷺ telah mengkhabarkan di dalam hadis sebagai tips untuk kita menjaga ibadah yang konsisten adalah dengan memulakannya dengan sedikit-sedikit dahulu.
Kata Nabi ﷺ, “Amalan yang paling DICINTAI oleh Allah SWT adalah yang berterusan MESKIPUN ia sedikit”. (HR Imam Muslim).
Justeru, kita ni sekarang dah masuk ke dalam bulan Sya’ban. Maka warmingup Ramadhan kita dengan memulakan berpuasa sunat khamis, mulakan buka Quran dan bacalah Al-Quran sehari semuka. Latih bangun tahajjud dan melakukan Solat sunat Rawatib.
Sya’ban ni bereskanlah kerja-kerja remeh yang terbengkalai agar Ramadhan tidak disibukkan untuk urusan dunia. Nak beli baju Raya, langsir, cadar baru, maka belilah sekarang jangan tunggu masa Ramadhan baru nak sibuk-sibuk cari. Nak service kereta buatlah masa sya’ban ni, bukan tunggu masa Ramadhan nanti barulah last minutes nak tunggu beratur panjang. Maka bereskan semua perkara yang mengganggu masa Ramadhan kita dengan perkara remeh yang tidak sepatutnya.
Ramadhan adalah bulan untuk kita pulun cukup-cukup habuan akhirat yang kekal abadi bukan untuk cari keuntungan duniawi yang sementara.
Standbykan jubah, minyak wangi dan bersihkan dan lapangkan tempat untuk kita solat sunat dan baca Quran dirumah.
Nasihat saya ini adalah sebagai peringatan untuk mereka yang mencari kebaikan di dalam amal soleh. Kalau nak ikut, semoga Allah SWT merahmatimu, kalau tak nak ikut pun takde masalah dan boleh abaikan.
ISTIQOMAH ZIKIR PETANG.
~MRJ
Sumber: Facebook… MRJ
11/2/2024 (Ahad)