Kita nak panjang umur.

Tapi nak tak sampai tua nyanyuk?

Kita berlindung kepada ALLAH daripada tua bangka.

Kita walaupun tua tapi masih boleh uruskan diri, masih boleh solat, masih boleh mengaji, masih ingat, maka itu bagus.

Sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya.”

(HR Tarmizi)


Kalau ALLAH takdirkan kita umur 100 tahun katakan, kita masih lagi boleh hadir kuliah Dhuha masa umur 100 tahun ni, maka ini orang baik. Orang macam ni ALLAH malu untuk azab dia sebab dia sudah lama taat pada ALLAH.

Tapi kalau kita masuk umur 70 mula nyanyuk, ambil wudhuk pun basuh kaki dulu, mula berak merata, mula susahkan anak-anak nak cebokkan kita, keluar rumah je sesat tak tahu nak balik rumah, mula makan tak selera, dah mula susahkan orang , sampai berbalah anak-anak kita siapa nak jaga kita. Ini yang kita tak nak.


Bila kita tengah sihat dan segar, anak-anak berebut nak jaga kita.

Tapi kalau kita tengah sakit, anak-anak berebut tak?

Sebulan dua sakit, mungkin anak-anak berebut.

Tapi kalau dah sakit bertahun-tahun dan nyanyuk , ada anak-anak berebut?

Kebanyakannya bergaduh tak nak jaga mak ayah, sampailah mak ayah tu meninggal. Itu ujian bagi anak-anak.

Sebab itu kita tak nak anak-anak kita jadi anak-anak derhaka bila kita tua.

Anak-anak kita comel-comel, baik-baik, bagus-bagus. Bila panggil balik raya, berebut nak balik.

Tapi time kita sakit?

Semua lepas tangan.

Dan kita bimbang kalau kita sebagai mak anggap anak kita derhaka , maka besar natijahnya.

Maka kita minta berlindung kepada ALLAH,

“Ya ALLAH, lindungilah aku daripada tua bangka. Tua yang tak boleh urus diri. Lindungilah aku daripada tua yang menyusahkan anak-anak kerana aku bimbang anak-anak derhaka.”


Bukan kita orang biasa sahaja diuji dengan anak-anak.

Tok-tok Guru juga diuji.

Anak-anak mereka pun ALLAH uji. Umur sampai ke tua, berat anak-anak nak kendong, nak dukung, nak basuh berak, nak cungkil tahi. Ini semua benda berat.

Kita doa,

“Ya ALLAH, janganlah sampai aku tua nyanyuk. Sampai menyusahkan anak-anak. Sampai anak malu nak mengaku aku mak dia sebab aku nyanyuk dan tua bangka. Aku berlindung kepada-MU Ya ALLAH dari tua bangka dan nyanyuk.”


Bila kita dah tua sangat, mudah juga kita kena fitnah.

Orang Melayu kita ni bila tengok orang tua dah tua sangat, mulalah dia nak fitnah orang tua tu.

“Ehhhh dah tua dah.. makan selera lagi. Makan kuat. Bela hantu raya lah tu.”

Dia tengok orang tua tu dah tua sangat, lepas tu makan pulak selera, dia tuduh orang tua tu bela jin lah tu.

Inilah fitnah!

Maka mintalah perlindungan ALLAH daripada tua bangka.

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari tua bangka.”


Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

yusnizayaziz

TokkuPasirgudang

kitabAlAzkarImamAnNawawi

8 Syaaban 1445H
15 Februari 2024

Sumber: Facebook Yusniza Yaziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *