Allah jumpakan kita dengan orang yang kurang baik untuk membentuk sabar, redha dan tenang. Selagi kita tak berubah selagi itu asyik jumpa sahaja golongan ni. Sebab kita tak faham cara Allah nak didik kita dan kita belum lulus ujian tu untuk naik ke darjat lain.
Ada orang dia boleh dan mudah sahaja maafkan dan doakan yang baik-baik kepada yang menyakiti dia. Dia memilih untuk memaafkan kerana dia tahu hati dia berhak untuk bahagia dan tenang. Dia sedar hidup di dunia tidak lama.
.
.
Teringat satu hadis Nabi mengenai ganjaran seorang mukmin itu yang bersabar atas perbuatan buruk sesiapa sahaja kepada dirinya. Daripada Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:
الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
Maksudnya: “Seorang mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar atas perbuatan buruk mereka lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan tidak bersabar atas perbuatan buruk mereka.” (HR Ibnu Majah)
Begitu juga Nabi SAW bersabda tentang ganjaran mereka yang lebih memilih untuk takut kepada Allah dan terus berakhlak mulia, ganjarannya syurga. Sabda Rasulullah SAW:
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجَنَّةَ، فَقَالَ: تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW ditanya tentang apakah punca yang paling banyak menyebabkan orang masuk ke syurga. Baginda menjawab: Mereka yang bertakwa dan berakhlak mulia.” (HR al-Tirmizi, hadis sahih)
.
.
Sebelum lelapkan mata, maafkanlah setiap orang yang telah melukai, termasuk diri sendiri. Mohonlah agar Allah bantu untuk peroleh tenang dan bahagia bukan sahaja di Dunia tapi juga di Sana. 😢🤲🏻
Asma’ binti Harun
Sumber Facebook: Ustazah Asna’ binti Harun