“ Sampai bila aku nak hidup macamni..? 

.

Hujung bulan duit habis bayar hutang…rasa macam kerja untuk bank ja…kerja macam nak gila…tapi alih alih duit gaji semua untuk bank “ sambil pakai helmet dan start motosikal Yamaha SS warna hitam pemberian ayah mertua. 

.

Selepas bank in di cash deposit machine yang terletak di tepi bank saya pun berlalu pergi dengan hati yang bercampur baur. Mana taknya, gaji baru masuk, tapi selepas bayar tu, bayar ni tinggal beberapa ringgit saja balance.

.

Perasaan ni bukan sekali…bukan dua kali..tapi berpuluh kali terjadi dan seperti biasa, ianya akan jadi semasa hari gaji. Masuk saja gaji, esoknya bank balance dah tinggal dua digit.

.

Sebagai anak muda, nak juga merasa naik kereta baru…sebagai anak muda nak juga merasa pakai kasut Adidas Predator masa main bola atau rugby dengan kawan kawan…sebagai anak muda nak juga ada handphone communicator.

.

Pernah tak kita sebut, “ Nak juga merasa ..”

.

Sebenarnya, bank tak salah. Tapi yang salah attitude “ Nak juga merasa “ saya tu. Kalau ayat “ Nak juga merasa” tu masa sudah berkemampuan tak apa, ni duit pun cukup makan. Tu yang buat personal loan, pakai kad kredit dan beli barang dengan ansuran mudah nak beli barang barang yang bersifat ‘tak ada pun tak apa’. Jadi, sampai hari gaji, tension sendiri la jawabnya sebab nak bayar hutang yang tak sepatutnya kita ambil. 

.

Cumanya sebagai manusia berkehendakkan sesuatu itu tidak salah, Cuma yang salah bila kita berbelanja melebihi kemampuan. Sebab apa ? sebab “ Nak juga merasa “. 

.

Ini ada 4 langkah untuk mengubat perasaan “ Nak juga merasa “ tu.

.

Langkah pertama : Jika kita teringin nak beli sesuatu yang diluar kemampuan kita buat masa ni, contoh nak beli kereta, reward diri anda dengan sesuatu yang baru yang jauh lebih murah contohnya beli baju baru atau kasut baru.

.

Langkah kedua : Elakkan dari berjumpa dengan rakan rakan yang mempunyai barang yang kita nak beli, contohnya Iphone keluaran terbaharu. Sebabnya nanti kita akan Tanya dan dia akan ‘racun’ kita dan masa tu kita akan nampak betapa pentingnya iphone baru dalam hidup kita.

.

Langkah ketiga : Pernah dengar tak ayat, kalau emosi  tinggi, logic akan turun? That’s why jangan buat keputusan semasa kita terlalu sedih atau terlalu gembira kerana pertimbangan kita berat kepada emosi (kecuali kita memang sudah berilmu dalam satu satu perkara yang kita nak decide). Jadi, naikkan logic kita dengan cari ilmu supaya emosi “nak membeli” kita turun.

.

Langkah keempat : Sabar, jangan terburu buru. Trust the process. Selesaikan hutang dan beli barang keperluan dulu. InshaAllah bila masanya tiba, kita akan dapat apa yang kita nak.

.

Sebabnya bila kita dah beli barang yang kita nak terutamanya barang barang yang “ nak juga merasa “, feelnya sebenarnya selepas kita beli  atau beberapa minggu lepas kita beli…“ eh ini je ke rasa dia ? “

Sumber : Telegram Rizal Rashid Chanel

Rizal Rashid

Menulis untuk berkongsi dan memberi inspirasi