Pesan Ustazah dalam Wasykuruli pagi ini,

Besok 1 Zulhijjah 1445H.

Ramai orang buat derk je dengan kehadiran Zulhijjah. Sedangkan ia ditafsirkan oleh para alim ulamak, amalan di dalamnya paling dicintai oleh ALLAH, paling super duper hebat, paling kita kena raikan.

Siapa yang masuk ibadah qurban, tahniah kerana telah mendaftar. Kalau anda sudah ada bajet yang cukup, jangan tunggu esok atau tulat untuk mendaftar qurban tetapi daftarlah hari ini, paling lewat daftar.

Yang dok tangguh-tangguh daftar tu kenapa?

Terpulang anda nak masuk yang mana. Ikut kemampuan anda. Tapi hari ni paling lewat untuk daftar.

Sebab apa?

Sebab esok 1 Zulhijjah.


Hari ini adalah hari terakhir untuk peserta qurban memotong kuku, mengerat rambut dan bulu-bulu di badan.

Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib petang ini maka bermulalah pantang larang kepada peserta qurban yang sudah berniat nak masuk qurban tahun ini.

Orang yang masuk qurban disuruh menahan diri daripada potong rambut, potong kuku dan segala bulu-bulu yang ada di badan.

Orang lelaki yang nak pergi solat Jumaat hari ini disunatkan kemaskan misai dan jambang.

Bermula 1 Zulhijjah , besar pahalanya kalau kita menahan diri daripada potong rambut, potong kuku dan segala bulu di badan.


“Alamakkkkk…. Hari ni baru 5 Zulhijjah. 5 helai rambut aku dah gugur ni. Nak bayar dam pada siapa?”

Takdak dam!

Tak payah bayar dam sebab anda bukan dalam ihram.

Ini cuma larangan , yakni menahan diri kepada orang yang menunaikan ibadah qurban.

Orang yang tidak buat qurban, anda tidak termasuk dalam kalangan ini.


“Apahal tak potong kuku ni?”

“Aku tak potong kuku pasal 1 Zulhijjah.”

“Oooo…. Tahniah! Hang masuk qurban ke tahun ni? Masuk tang mana?

“Dak aihhh.. aku tak masuk lah qurban.”

“Lepas tu yang hang dok tahan kuku hang sampai panjang serelong tu pasal apa?”

“Dah Ustazah kata tahan diri jangan potong kuku bermula 1 Zulhijjah.”

“Ehhhh takkkkk lahhh. Larangan itu hanya untuk orang yang daftar qurban. Bukan larangan tu maknanya haram.”

Makruh bagi peserta qurban memotong kuku, rambut dan bulu-bulu di badan bermula 1 Zulhijjah sehinggalah binatang qurban selesai disembelih.

Dah siap sembelih binatang qurban, tamatlah pantang larang. Dia dah boleh potong kuku, rambut dan bulu-bulu di badan.

Untuk yang tak masuk qurban , anda tidak termasuk dalam pantang larang ini. Potong lah kuku, rambut dan bulu-bulu di badan pada masa bila pun yang anda mahu.


“Ustazah, saya dah terpotong kuku, Ustazah. Padahal tahun ni saya masuk qurban. Macam mana ni Ustazah??? Saya dah terpotong kuku.”

“Takpelah kak. Potong kuku bukan terpotong jari.”

“Habis tu macam mana Ustazah, qurban saya sah ke tidak?”

“Sah lah.”

Bukan haram pun terpotong kuku.
Makruh saja.
Ibadah qurban tetap sah.

Cuma jika ingin pahala yang banyak, kenalah tahan diri dan ikut pantang larang bermula dari 1 Zulhijjah sehinggalah binatang qurban selesai disembelih.


Disunatkan berpuasa dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah.

Bukanlah bermaksud orang yang tidak berpuasa sunat 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah tu hina dina disisi ALLAH.

Cuma 9 hari ini digalakkan berpuasa jika itu kemampuan yang kita boleh buat.


“Saya dah niat dah esok 1 Zulhijjah saya nak puasa. Tapi tu lah kakak saya buat kenduri kahwin anak dia. Saya pulak tukang masak. Kena rasa-rasa makanan.”

“Akak masak je lah dekat majlis kenduri kahwin anak saudara akak tu. Kenapa sampai sakit kepala stress sangat?”

Kita tolong masak di majlis kenduri, kita tolong rewang, sebenarnya itu pun ibadah dalam bulan Zulhijjah.

Syaratnya ketika sedang merewang potong bawang , jangan membawang.

Takut nanti kalau dah mula membawang, kau bukan sekadar membawang sahaja tapi kau membangkai terus. Kau memakan daging saudaramu.

Nak ke macam tu???

“Dah lah hari ni 1 Zulhijjah. Merewang ni pahala besar. Aku tak mampu berpuasa hari ni. Kang kalau aku puasa jugak hari ni orang kata aku terlebih Ustazah pulak. Jadi aku jadikan niat aku meninggalkan rumah separuh hari menolong rewang-rewang orang kenduri, ini juga adalah ibadah Zulhijjahku.”


“Ehhh si tukang masak, mak pengantin ni mulut dia laser , kan!”

“Astaghfirullahal’azim! Aku ni si tukang masak. Yang kau tanya pasal tuan rumah tu mulut laser kenapa? Aku tak nak menambah dosa di bulan Zulhijjah ni. Aku nak cari pahala saja.”

Barulah deep orang yang nak mengumpat dengan kita tu.

Ini tak kira Zulhijjah ke tak Zulhijjah,

Puasa?

Asyik tak larat.
Gastrik lah.
Macam-macam.

Sedekah?

“Kau boleh lah sedekah. Kau kaya. Aku tak kaya. Macam mana aku nak sedekah?”

Baca Al-Quran?

“Aku kalau baca Quran banyak, tulisan tu dah jadi 2, 3 dah. Aku memang tak nampak dah sekarang.”

Jadi ibadah apa yang kau nak gandakan?

Kau tak mampu gandakan ibadah yang orang lain buat, kau jangan tambahkan dosa. Itulah ibadah.

9 hari kalau nak puasa termasuklah menahan lidah kita daripada bercakap yang buruk-buruk.


Termasuk juga orang yang meninggalkan puasa wajib.

Berazamlah nak berpuasa esok sampai 9 hari.

Orang yang diuji dengan haid yang tidak menentu dan hutang puasa yang banyak, bolehlah pasang niat 9 hari ni nak puasa qadha.

Paling kurang, kita dah set dalam minda kita amal apa kita nak buat sepanjang 9 hari ini.


Kalau teruk sangat tak boleh puasa 9 hari, anda bukan hina dan bukan berdosa pun. Tapi carilah Isnin Khamis dalam 9 hari ini.

“Isnin tak boleh. Birthday bos saya. Khamis pun tak boleh. Birthday suami saya nak belanja lunch.”

Ok takpe kalau tak boleh.

Jangan tak puasa pada 8 Zulhijjah Hari Tarwiyyah dan 9 Zulhijjah Hari Arafah.

Hari Arafah kalau kita berpuasa pahalanya luar biasa. Dosa setahun lepas dan dosa setahun akan datang, ALLAH ampunkan.


“Yang mana satu ni kita nak utamakan? Orang dekat Arafah sedang berdoa waktu mustajab doa ni. Hari Wukuf dah. Kita dekat sini, apalah tak betullah kita kat sini. Kita kena ikut Mekah.”

Haa dah mula nak gaduh pasal ni!

Kita kena ikut fatwa setempat punya keputusan.

Kalau diumumkan malam ini bahawa esok adalah 1 Zulhijjah, maka 9 Zulhijjah kita adalah pada 16 Jun. Kita berAidil-Adha pada 17 Jun.

Tak payah pening kepala.

“Habis tu terlepas lah hari dekat Arafah tu orang berwukuf.”

Kalau takut terlepas, berpuasa lah pada 8 dan 9 Zulhijjah, Hari Tarwiyyah dan Hari Arafah.

Ketika kita berpuasa Hari Tarwiyyah, di Mekah sana Hari Arafah, maka banyakkan berdoa. Berdoa dalam keadaan kita berpuasa niat Tarwiyyah. Kita terkenang kawan-kawan yang melakukan ibadah haji sedang berwukuf di Arafah, semoga doa kita ketika itu juga diangkat dan dimustajabkan oleh ALLAH.


Bila kita tahu orang di Mekah dah berhari raya tapi kita sedang berpuasa Hari Arafah, ada orang dok kata,

“Tak guna puasa. Orang kat Mekah dah raya dah pun.”

Kita bukan buat keputusan sendirian berhad. Para mufti kita yang berautoriti, yang berilmu jauh lebih tinggi yang membuat keputusan ini. Dan mereka berijtihad bukan dengan nafsu mereka tetapi mereka ada group mereka untuk bermuzakarah terlebih dahulu.

Kita yang tidak mufti ni pulak yang dok pening kepala.

Pening saja tapi buat amalannya tidak!


Kalau tak mampu puasa 9 hari , anda bukan hina dan tidak ada dalil atau sabda Nabi yang sohih pun tentang berpuasa 9 hari. Tapi kalau anda buat 9 hari kerana kemampuan anda dan tidak mengganggu apa-apa, tidak muncung dengan suami, suami pun tidak menghalang maka puasalah.

Tapi kalau anda malas sangat nak puasa, maka berdoalah kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, semoga dalam 9 hari ni suami aku ajaklah aku makan-makan. Semoga suami aku tiba-tiba je tak bagi aku puasa. Aku dapat pahala kan Ya ALLAH sebab aku niat nak puasa tapi suami aku tak bagi puasa.”

Senang je jadi orang perempuan.

Taat ALLAH.
Taat Rasul.
Taat suami.

Maka pujuklah seluruh ahli rumah mu.

Kalau tak mahu puasa 9 hari ini, paling kurang pada 9 Zulhijjah tu kita puasa sebab kita nak dosa kita yang setahun lepas dan dosa setahun yang depan ALLAH ampunkan.


Setiap hari jangan ada hari tanpa Al-Quran.

Kalau anda sudah mulakan setiap hari dengan setengah muka surat, anda hebat. Tapi please dalam 9 hari ini jadikan satu muka surat.

Yang dah satu muka surat setiap hari, please dalam 9 hari Zulhijjah ini jadikan 2 muka surat.

Sedekah jika sehari Rm1, jadikan 9 hari ini menjadi Rm2.

Ini contoh.


“Saya tak mampu nak sedekah. Duit tak ada. Nak puasa pun tak larat, Ustazah. Habis tu nak buat apa?”

Jaga mulutmu.

Jika dulu hari-hari asyik mengumpat orang, 9 hari ni zip mulut mu. Bisu dari mengumpat orang.


“Aku nak balik kampung.. jem 19 jam. Takkan tak minum air? Puasa Arafah ni pun sunat je.”

Kalau kamu mahu , kamu tak perlukan apa-apa alasan.

Kalau kamu tak mahu, tak perlu beribu alasan. Satu alasan pun dah cukup.


Besok 1 Zulhijjah gandakan amalan.

Semua diterima ALLAH kecuali hati yang dengki kat orang dan kecuali orang yang ada putus silaturrahim dengan orang.

Jangan buat 2 perkara ini sebab amalan 1 hingga 9 Zulhijjah sangat besar bahkan lebih besar daripada pahalanya orang yang berjihad.

Allahu Akhbar!

Nabi SAW bagitau amalan 1 hingga 10 Zulhijjah ni lebih besar daripada pahala orang yang berjihad. Luar biasa. Jadi jom kita gandakan.

Hari-hari ada sedekah.
Banyak sikit ALLAH tak pandang.

Hari-hari ada Al-Quran.
Tapi lebihkan dari kebiasaan.

Hari-hari lisan hanya nak bercakap baik, mata nak pandang baik , telinga nak mendengar baik. Kaki dan tangan hanya buat yang baik-baik.

Jangan kita bertangguh melakukan kebaikan. Mulakan dengan Zulhijjah.

______W-A-S-Y-K-U-R-U-L-I__

[sebahagian pesanan dari Ustazah Muzayyanah dalam Wasykuruli pagi ini. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️]

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

wasykuruli

29 Zulhijjah 1445H
7 Jun 2024

PERJUANGAN MEMBURU PAHALA HEBAT 1 ~ 10 DZULHIJJAH BERMULA MALAM INI

MALAM INI BERMULALAH PESTA AMAL@PESTA BERIBADAH BAGI MERAIH PAHALA BERGANDA@LUAR BIASA DI 10 HARI YANG AWAL DI BULAN DZULHIJJAH.

  1. Bagi yang melakukan ibadah Qurban, siang hari ni potong kuku & rambut, cukur bulu-bulu dibadan sebelum maghrib. Kemudian mulai maghrib (hari ini) tahan dari dari melakukan hal sedemikian, sehingga haiwan Qurban kalian disembelih.
  2. Selepas maghrib (hari ini) setiap muslim disunnahkan untuk membaca doa ini, iaitu doa melihat hilal

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْأَمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ

Allahu akbar, Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imaani, wassalaamati wal islaami, wattaufiii limaa tukhibbu wa tardha, rabbunaa wa rabbukallahu.

Ertinya: Allahu Akbar, ya Allah jadikanlah hilal itu bagi kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan islam, dan membawa taufiq yang membimbing kami menuju apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai. Tuhan kami dan Tuhan kamu (wahai bulan), adalah Allah.” (HR. Ahmad).

  1. Berpuasalah sunat mulai esok hingga 9 Dzulhijjah. Jika tak mampu buat sebanyak 9 hari buatlah secara berselang, jika tak mampu juga buatlah isnin khamis, jika tak mampu juga buatlah pada 9hb Dzulhijjah kerana sesiapa yang berpuasa pada 9hb Dzulhijjah Allah SWT mengampuni dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Niat di dalam hati “Sahaja aku berpuasa sunat esok hari kerana Allah”.
  2. Sepanjang sepuluh hari dibulan Dzulhijjah mulai selasa (esok) hingga khamis minggu hadapan, kita disarankan oleh Nabi ﷺ agar memperbanyakkan membaca zikir ini:-

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Bacalah sebanyak-banyaknya semampunya.

  1. Bersedekahlah setiap hari.
  2. Hidupkan solat malam, lakukan dhuha dan buat full rawatib.
  3. Bacalah Al Quran dan berzikir diwaktu pagi & petang
  4. Bantulah fakir miskin dan anak yatim
  5. Hadirlah majlis-majlis ilmu.
  6. Lakukan Ibadah Qurban.
  7. Berilah makan kepada orang yang berpuasa (tidak syarat dia asnaf).

Ingatlah, Syurga itu bukan percuma, hidup hanyalah seketika. Akhirat bukan lagi tempat untuk beribadah. Kita tidak ada peluang untuk kali kedua selepas kematian. Hadam ketat-ketat.

~Sumber Facebook – 7/6/2024 ( Jumaat) MRJ

WANITA, BACA INI:


Suatu hari saya terdengar Ustaz Azhar Idrus berkata lebih kurang begini:

“Ada orang perempuan, dia ucap Happy Birthday, Happy Anniversary sayang ku, kepada suami dia. Dia tulis di Facebook. Padahal suami dia ada duduk atas kerusi dekat rumah…”.

  1. Bila fikir fikir apa tujuan sebenar kita kongsikan ucapan hari ulang tahun suami dan hari ulangtahun perkahwinan kita di Facebook. Hanya kita sendiri dan Allah sahaja yang tahu apakah tujuannya. (Cuba tanya diri).

  1. Apakah kerana kita berasa syukur, namun cara bersyukur terbaik adalah dengan bersyukur kepada Allah. Adakah kerana mahu tujukan kepada seseorang bahawa ikatan kita mampu bertahan, sedang sedetik dari saat ini pun kita tidak tahu apa akan berlaku…

  1. Pasangan dulu dulu sangat berahsia tentang kebahagiaan dan kepincangan dalam rumahtangga mereka. Segalanya tidak diketahui orang. Apa lagi untuk berkongsi gambar mesra. Walau sedang bergaduh, bila orang datang mereka akan nampak baik-baik sahaja. Semua rahsia “dalam kain” adalah kekal rahsia. (Rahsia “dalam kain” bermaksud rahsia rumahtangga).

  1. Ucapan penghargaan yang paling baik buat suami adalah langsung diucapkan kepada suami mu sendiri. Orang lain tidak perlu tahu dan dengar itu.

  1. Cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada suami adalah dengan menjadi isteri yang tidak menyakitkan hati suami, taat, lemah lembut dan menghormati suami. Jadilah isteri yang membuatkan suami mu senang dan tenang memandang mu.

  1. Kisah cinta kita tak perlu ada yang tahu. Melainkan jika ada pengajaran bermanfaat di sebalik ujian dalam rumahtangga yang dibina.

  1. Belajarlah untuk menjaga privasi hubungan kasih sayang dengan suami. Orang lain tidak perlu tahu tentang itu. Orang yang membenci mu pun tidak perlu tahu tentang itu.

  1. Harus selalu ingat bahawa kita sebagai manusia tidak tahu semua perkara walau kita rasa kita tahu. Sebab itulah, berahsia adalah lebih baik. Orang yang tidak suka kepada kita akan menunggu waktu kita jatuh.

  1. Ingat selalu kita tidak pernah ada perkara kekal dalam hidup. Sedetik terdetik rasa suka, bahagia, yang mahu ditunjuk tanpa tujuan maka segeralah istigfar agar dijauhkan dari rasa ujub.

Sumber Facebook : Dzuriasikim Dzulkefli