WANITA, BACA INI:


Suatu hari saya terdengar Ustaz Azhar Idrus berkata lebih kurang begini:

“Ada orang perempuan, dia ucap Happy Birthday, Happy Anniversary sayang ku, kepada suami dia. Dia tulis di Facebook. Padahal suami dia ada duduk atas kerusi dekat rumah…”.

  1. Bila fikir fikir apa tujuan sebenar kita kongsikan ucapan hari ulang tahun suami dan hari ulangtahun perkahwinan kita di Facebook. Hanya kita sendiri dan Allah sahaja yang tahu apakah tujuannya. (Cuba tanya diri).

  1. Apakah kerana kita berasa syukur, namun cara bersyukur terbaik adalah dengan bersyukur kepada Allah. Adakah kerana mahu tujukan kepada seseorang bahawa ikatan kita mampu bertahan, sedang sedetik dari saat ini pun kita tidak tahu apa akan berlaku…

  1. Pasangan dulu dulu sangat berahsia tentang kebahagiaan dan kepincangan dalam rumahtangga mereka. Segalanya tidak diketahui orang. Apa lagi untuk berkongsi gambar mesra. Walau sedang bergaduh, bila orang datang mereka akan nampak baik-baik sahaja. Semua rahsia “dalam kain” adalah kekal rahsia. (Rahsia “dalam kain” bermaksud rahsia rumahtangga).

  1. Ucapan penghargaan yang paling baik buat suami adalah langsung diucapkan kepada suami mu sendiri. Orang lain tidak perlu tahu dan dengar itu.

  1. Cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada suami adalah dengan menjadi isteri yang tidak menyakitkan hati suami, taat, lemah lembut dan menghormati suami. Jadilah isteri yang membuatkan suami mu senang dan tenang memandang mu.

  1. Kisah cinta kita tak perlu ada yang tahu. Melainkan jika ada pengajaran bermanfaat di sebalik ujian dalam rumahtangga yang dibina.

  1. Belajarlah untuk menjaga privasi hubungan kasih sayang dengan suami. Orang lain tidak perlu tahu tentang itu. Orang yang membenci mu pun tidak perlu tahu tentang itu.

  1. Harus selalu ingat bahawa kita sebagai manusia tidak tahu semua perkara walau kita rasa kita tahu. Sebab itulah, berahsia adalah lebih baik. Orang yang tidak suka kepada kita akan menunggu waktu kita jatuh.

  1. Ingat selalu kita tidak pernah ada perkara kekal dalam hidup. Sedetik terdetik rasa suka, bahagia, yang mahu ditunjuk tanpa tujuan maka segeralah istigfar agar dijauhkan dari rasa ujub.

Sumber Facebook : Dzuriasikim Dzulkefli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *