Pertama, Ibadah haji. Sesiapa nak buat haji, wajib berada di Mekah.
Kedua, ibadah korban. Ini juga ibadah yang besar pahalanya. Boleh dilakukan di mana saja kita berada.
InshaAllah. Ustaz dan tim Global Ikhsan akan menjalankan Ibadah korban di beberapa buah negara.
Kenapa kami masih memilih untuk buat korban di luar negara?
Jawapan Ustaz mudah. “Sesusah-susah kita, ada lagi umat Islam yang lebih susah hidup mereka.”
Ustaz kongsi cerita beberapa tahun lepas.
Ustaz pernah bersembang dengan seorang kawan yang ikuti program bantuan kemanusiaan ke luar negara suatu masa dulu.
Kawan ustaz ni seorang doktor.
Dia cerita, ada satu haritu dia merawat seorang pesakit. Masa bagi ubat, dia pun bagitahu dengan isyarat tangan kepada pesakit tu,
“Makan ubat ini, tiga kali sehari lepas makan.”
Tiba-tiba orang tu menangis sambil cakap dalam bahasa dia.
Mula-mula kawan ustaz tak faham. Tapi bila berkali-kali dia ulang, boleh tangkap maknanya.
“Macam mana saya nak makan ubat ni. Saya hanya makan dua kali seminggu.”
Terkejut kawan saya waktu itu. Sedih fikirkan macam mana mereka teruskan hidup. Makan hanya dua kali seminggu, selebihnya hanya minum air.
Cerita kawan saya lagi.
Bila ada pokok di satu-satu kawasan, mereka bukan hanya makan buah, dengan daun-daun sekali mereka makan.
Allahuakbar.
Berat ujian mereka.
Satu cerita lain.
Ada satu tempat terpencil di benua Afrika. Penduduk kat situ 100 peratus Muslim. Hidup mereka sangat susah. Tak ada sumber makanan.
Macam mana mereka teruskan hidup?
Mereka makan daging babi yang ditinkan. Tin-tin daging babi itu dijatuhkan oleh tentera Amerika menggunakan payung terjun.
Apa yang Ustaz dengar, sebelum makan daging tu, umat Islam akan baca bismillah.
Tuan puan bayangkan. Baca bismillah nak makan daging babi. Allahuakbar.
Rasa nak menangis Ustaz masa dengar cerita ini. Betapa susahnya hidup saudara kita di negara yang bukan majoriti Islam.
Mereka makan bukan kenyang. Tapi mereka makan hanya sebab nak teruskan hidup.
Astaghfirullah.
Kita tak boleh salahkan orang kafir yang bagi makanan daging babi. Sebab terang-terang mereka dah bukan beragama Islam.
Apa yang sepatutnya kita buat adalah berusaha untuk membantu saudara kita mengikut apa yang kita terdaya.
Jom tuan puan sama-sama kita bantu mereka.
Tak mampu nak bagi makanan sepanjang tahun, kita bagi makanan pada musim korban. Ibadah dua dalam satu. Pertama korban, kedua sedekah.
Tuan puan yang dirahmati Allah.
Banyak lagi kisah-kisah penderitaan umat Islam di serata dunia. Kadang-kadang rasa tak sampai otak kita nak fikir. Terlalu susah sampai tak terbayang macam mana mereka teruskan kehidupan.
Namun, itu semua adalah ujian. Ujian buat mereka dan ujian juga buat kita.
Ibadah korban adalah lambang cinta kita kepada Allah Taala.
Buktikan cinta kita untuk melakukan ibadah yang Allah suka. Buktikan cinta kita dengan turut membantu saudara seIslam yang sedang dalam kesusahan.
Tak salah jika nak berkorban di dalam negara. Boleh bersedekah sesama jiran tetangga dan sanak saudara. Dapat mengukuhkan hubungan dan kesatuan sesama kita.
Namun jika ada kemampuan, boleh juga membantu umat Islam tak kira di mana mereka berada khususnya yang diuji dengan ujian kelaparan dan peperangan.
Tuan puan, umat Islam itu bersaudara.
Bila ada saudara yang sakit kita ziarah.
Ada yang susah, kita bantu mudahkan kehidupan mereka.
Ada yang lapar, kita kongsi apa yang kita ada.
Mohon bantuan tuan puan untuk kongsi cerita ini agar kita dapat bantu lebih ramai saudara di luar negara.
Moga Allah mudahkan urusan kita dan mereka semua.