Mereka yang menunaikan ibadat haji melalui pakej haji mahal sudah mula bersiap—siap untuk pulang ke Tanah Air.
Kesemua jemaah haji menyempurnakan rukun dan wajib serentak. Bezanya, mereka yang pergi dengan Muasassah akan tinggal lebih lama di Makkah.
Seorang rakan menyebut, “beruntung mereka yang pergi dengan Muasassah. Dapat duduk lama.”
Saya mempunyai pandangan berbeza, sangat kagum dengan mereka yang mampu dan sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan kemudahan semasa di Tanah Suci.
Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Ibadat haji selesai dalam tempoh singkat. Lalu mereka bersegera pulang.
Dan mereka tidak bermasalah datang semula untuk menunaikan umrah dalam suasana di luar musim haji.
Ya… mereka mampu.
Kami — saya dan Roza — sedang menabung untuk menunaikan umrah — InsyaAllah — pada bulan Januari 2025.
Kami bukanlah termasuk golongan jutawan, duit berlebihan tetapi jika berusaha, InsyaAllah ia boleh dicapai.
Kami bercita-cita mahu menaiki pesawat kelas perniagaan, tinggal di hotel paling hampir dengan Masjidil Haram, menaiki keretapi laju Makkah —Madinah.
Paling utama, keselesaan menjalani proses dialisis di hospital swasta tanpa perlu menanti mengikut giliran.
Keselesaan dan kemudahan ini lebih mendesak bila keadaan kesihatan yang sedang saya hadapi.
Benar… saya seronok melihat rakan-rakan yang kaya raya tidak bermasalah menunaikan zakat, menderma, menunaikan umrah dan melakukan banyak perkara kebajikan kerana kedudukan mereka.
Usaha-usaha dakwah yang telah kami jalankan banyak mendapat bantuan mereka yang mempunyai lebihan kewangan.
Sungguh… terlintas di hati, mahu jadi kaya tetapi tidak Kedekut dan bakhil.
Sumber Faceebook : MKI & Raudzah Roslan 2/6/2024