DALAM MASJID

“Masa buat umrah tahun lalu memang ramai yang iktikaf dalam masjidilharam atas faktor hotel jauh”

Apabila saya menulis entri JAUH TAPI DEKAT .. seorang jemaah wanita memberi maklumbalas dari sudut pandangannya.

“Kami yang tinggal di Hotel Safwa memang dekat .. tapi nak setiap waktu solat di masjidilharam perlukan kerajinan yang tinggi.

Bukan apa .. kena masuk awal sejam dari waktu solat sebab ramai orang plus bila dah lewat pintu akan ditutup”

Komennya lagi ..

“Memang masalah utama nak ke tandas sebab tandas jauh dan perlu keluar.

Bagi saya selesa balik hotel dan bersihkan diri dulu. Kalau tidak sempat solat aje bawah surau hotel (masih satu imam dengan imam solat dlm masjidilharam). Ikut kemampuan masing-masing.

Kalau rasa boleh bertahan berjam-jam di depan kaabah terpulanglah.

Tapi sebabkan ruangan tak banyak kadang kita kena mengalah bagi peluang pada orang lain jugak untuk solat.

Sebab nak dapat tempat solat lepas tawaf pun tak mudah. Time peak orang tak nak bagi tempat solat yang mereka duduk tu”

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

Itu antara pandangan mereka yang menginap di hotel sekitar masjidilharam. Hakikatnya “Dekat tapi jauh”

Begini kawan..

Pertama.. Tanyakan diri mengapa mahu bersusah-susah mengumpul wang ke tanah suci? Bukankah niat utama untuk beribadat kepada Allah di Masjidilharam?

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1314. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

“Jangan susah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Nabawi di Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsha (di Jerusalem -Palestin)”

Kedua .. Ka’abah hanya terdapat di Masjidilharam. Tawaf hanya boleh dilakukan dalam masjidilharam.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0624. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:

“Satu kali solat di masjid ku ini, lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain, melainkan di Masjidil Haram (100,000)”

Maksudnya dalam masjid… DALAM masjid.

Teringat pesan suami Muhd Kamil Ibrahim katanya ..

“Banyak kilaf .. biarlah orang lain memilih untuk solat di luar masjid. Tempat solat kita mesti di dalam saf masjidilharam”

Begini kawan ..
Jika tidak mahu bersusah-susah pergi lebih awal untuk merebut ruang beriktikaf dalam masjid.

Atau lebih senang solat di surau walaupun dari tingkap hotel tempat menginap boleh terlihat kaabah…

Kenapa membazir banyak wang?

Kalau benar solat di hotel lebih selesa .. jumlah wang pakej untuk ke tanah suci itu bukankah lebih baik jika digunakan untuk menginap di hotel 5 bintang di Malaysia. Malahan perkhidmatan yang diberikan berkali ganda bagusnya.

Usah begitu kawan..
Sementara menerima jemputan Allah sebagai tetamu .. masuklah ke rumahNya.

Tanyakan diri.. mengapa sampai terhalang dan dihalang masuk ke dalam masjidilharam?

Bertaubatlah .. sesungguhnya Allah Al-Ghafur maha menerima taubat hambaNya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana.

Ya Allah ya Rabb.. daku mohon keampunanMu.

Sumber Facebook : Raudzah Roslan – RozaRoslan #haji2023 #hajikutanpamahram #haji2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *