BAHAGIA SEBENAR APABILA DIBERI HAK ALLAH

Syeikh Abdul Qadir menyatakan, ‘Keberanian sebenar’ – istilah keberanian dalam beragama, perkara yang menjadi jihad / fokus, perkara yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita ialah kita menunaikan hak Allah SWT kerana dengan sebab itu, Allah menciptakan kita,

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

(Surah Adz-Dzariyat, 56)

  • Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu

Sepatutnya, semestinya kesibukan kita macam mana memenuhi hak Allah SWT. Siapa kesibukannya memenuhi hak yang lain daripada Allah (makhluk), maka Allah SWT akan membiarkan dia dalam keadaan tanpa perlindungan, rahmat (kasih-sayang).

Bahkan Allah akan jadikan hak yang cuba dipenuhi selain Allah, disia-siakan.

Ada orang memang dia bela binatang, hak binatang dia jaga sungguh-sungguh. Dia sendiri mati tak sempat tapi dia beri hak binatang dulu. Dia jaga hak. Rumah binatang lebih cantik daripada bilik dia, makanannya lebih mahal. Mungkin.

Ada orang meletakkan hak keutamaan pada kenderaannya,
Kenderaannya cukup bersih tapi diri dia sendiri, tak bersih.
Kenderaan dia berkilat.

Ada letak keutamaan pada perhiasan, diletakkan dalam kotak / almari. Dipelihara, dijaga. Itu yang dia ingat, fikir untuk tambah.

Setiap orang ada keutamaan dalam hidupnya, hidupnya menterjemahkan siapa dia di sisi Allah SWT. Dalam hadis Nabi SAW menyatakan: “Orang beriman yang merasakan kemanisan dalam beragama, ialah yang menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaannya.”

Suatu ketika Nabi SAW berkata, “Wahai Muaz, apakah kamu tahu akan hak Allah yang mesti dilaksanakan hamba-hambaNya? Dan apakah kamu tahu hak hamba, yang akan dipenuhi oleh Allah SWT sebagai balasan atas perbuatan itu..?”

  • Hak Allah yang perlu dipenuhi hamba

Kata Muaz bin Jabal RA, “Allah dan Rasul lebih tahu.”

Maka jawab Nabi SAW, “Hak Allah yang mesti dipenuhi oleh hamba-hamba ialah sentiasa sibuk beribadat kepada Allah. Dan menjauhi segala perkara yang boleh mensyirikkan Allah SWT.

Dan hak hamba ke atas Allah, bilamana dia melakukannya (dia benar-benar sibukkan diri mentaati Allah) sekecil perkara sehingga sebesarnya dan benar-benar menjauhi segala perkara yang boleh membawa kepada syirik, sama ada bicara, perbuatan, iktikadnya kalau dia jaga nescaya Allah Taala tidak akan mengazabnya (dimasukkan dia ke dalam Syurga).”

Kesibukan orang-orang beriman adalah memikirkan bagaimana penuhi hak Allah.

  • Setiap masa, ketika
  • Setiap bicara
  • Setiap Tindakan

Kita kena fikir, di mana hak Allah di sini?

Pada harta kita ada hak Allah,
Pada masa kita ada hak Allah,
Pada segala kita miliki ada hak Allah yang perlu dilaksana, dipenuhi.

Gagal memahami hak Allah, bererti kita gagal mendapat bahagia dunia Akhirat.

Siapa yang bahagia di dunia kerana dia berjaya memenuhi hak Allah, manusia bila cuba bahagia, dia cuba penuhi hak-hak yang boleh membahagianya. Dia beri hak isteri, moga-moga isteri okay dengan dia. Dengan itu dia bahagia.

Diberi hak rumah, dihiaskan supaya rumah itu boleh tenangkan dia.

Diberi hak kepada binatang ternak, peliharaan supaya dia boleh bermain dan bergembira.

Diberi hak kepada kawan-kawan, sembang, lepak.
Bahkan hadiah, supaya kawan boleh gembirakan dia.

Kita akan beri hak semua yang boleh bahagiakan kita. Tapi kita lupa pokok-pangkal bahagia itu, bermula daripada kita beri hak kepada Allah.

Akhirnya banyak kita dengar, orang kaya bila dia jatuh dia kata, “Saya baru kenal kawan baik, kawan jahat.”

“Saya baru tahu, siapa kawan yang menangis bersama saya.”

Demikian manusia mengulangi kesilapan dia, “Saya baru tahu..”

Sumber Facebook : TOKKU PG
‘Relive’ – Penuhi Hak-hak Allah
Kitab Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani
21 Julai 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *