#KUBUR_DAN_ZIARAH_KUBUR

Fekah di dalam membahaskan tentang perkara di atas ini ada di sebut di dalam beberapa hadith, namun saya menceritakan apa yang ada diceritakan di dalam dalil , mengikut cara pemahaman orang melayu agar mempermudahkan semua golongan yang membaca.

YANG PERTAMA – TENTANG KUBUR
1. Nabi s.a.w menyebut di dalam riwayat hadith yg shahih akan perkara yang tidak boleh dilakukan pada kubur.

a) Nabi larang membangunkan kubur dengan binaan seperti kepuk batu atau disemen atau ditinggikan dengan binaan batu
b) Diarang juga menulis kubur dengan ayat2 Al Quran.

Jadinya, sifat kubur itu tidak boleh dibuat apa2 pun binaan. Meninggikan tanah pada kubur agar tidak mendap maka ia tidak mengapa. Tidak salah meletak batu nisan sebagai tanda untuk mengenal ahli yg kematian. Menanam pokok ditepi nisan juga bukan yang di sunnahkan malah ia tidak memberi apa2 makna atau manfaat.

YANG KEDUA – ZIARAH KUBUR
Semua orang perlu hadam bahawa kubur bukan tempat untuk beribadah, namun mendatanginya dengan cara yang disunnahkan maka ia akan bernilai ibadah. Hakikat menziarahi kubur itu adalah untuk mengambil pengiktibaran, menginsafi diri dan mengingati kematian.

Justeru ada beberapa larangan yang Nabi s.a.w sebut ketika menziarah kubur iaitu

a) Nabi larang membaca Quran di kubur, hal ini jelas disebut di dalam dalil. Makanya, jangan kita bentang tikar, duduk berjamaah buat baca yasiin dan tahlil. Hal ini adalah perbuatan yg sangat ditegah oleh Agama tatkala Nabi s.a.w mengklasifikasikan perkara ini sebagai bid’ah. Jadi, apa yang perlu dilakukan? HANYA bertafakur mendoakan dan menginsafi diri.

b) Nabi s.a.w larang duduk di atas kubur, tidak kira di mana pun posisi kubur itu maka duduk diatasnya merupakan ancaman berat dari Agama . Nabi s.a.w tidak pernah duduk ketika menziarahi kubur dan tidak lama berziarah.

YANG KETIGA – AMALAN ADAT YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN AGAMA

a) Menyiram kubur dengan air mawar, hal ini tidak pernah dicontohkan oleh Nabi s.a.w dan ia tidak memberi apa2 pun manfaat kepada jenazah di dalam nya

b) Taburan bunga, ia adalah budaya Agama lain yg ditiru oleh masyarakat melayu. Zaman Nabi s.a.w , dipadang pasir mana ada pokok bunga.

Semoga dengan note ringkas ini menjadikan pedoman untuk kita sama-sama mengamalkan sunnah dan meninggalkan perkara-perkara yang bukan asalnya dari Agama.

Sumber :

~MRJ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *