CARA-CARA MENGHADAPI CABARAN FITNAH AKHIR ZAMAN

  1. Berpegang dengan petunjuk daripada Al-Quran dan hadis.

Kalau kita nak zuriat keturunan kita berpegang kepada Al-Quran, maka tolong sangat-sangat jangan pisahkan diri kita dengan Al-Quran.

Kita dalam kesibukan, kita beri alasan tak sempat baca Al-Quran. Ini adalah kedaifan yang amat dahsyat.

ALLAH tidak pernah suruh kita baca Quran sehari 1 juzuk.

Tapi dalam 10 hari Zulhijjah tempohari Ustazah kempen kalau hari-hari biasa kita baca 1 ayat daripada Al-Quran, jangan 10 hari dalam Zulhijjah ni 1 ayat jugak. Paling kurang setengah muka. Kalau orang yang setiap hari dah baca satu muka Al-Quran, cuba usahakan dalam 10 Zulhijjah ni dapat 2 muka surat Al-Quran.

Kita boleh kuat dengan Al-Quran.

Kita bercakap-cakap dengan ALLAH ketika membaca Al-Quran itupun juga satu ketenangan.

Kita baca Al-Quran 1 huruf, 10 kebaikan yang ALLAH jamin dan janjikan.

Kebaikan apa yang kita nak dan masalah apa yang kita lalui, Al-Quran adalah petunjuk dan solusi.

Jangan tak baca Al-Quran.
Dengan Al-Quran hidup kita selalu berteman dan tidak akan kesunyian.


  1. Berdoa kepada ALLAH agar diselamatkan dari segala fitnah dan memperbanyakkan amalan soleh.

Dalam fitnah akhir zaman yang menakutkan ini, kita jadi orang baik pun datang fitnah.

Beramallah dengan doa meminta ALLAH faqihkan kita dan zuriat keturunan kita dengan ilmu agama.

Sibukkan diri kita dengan amal soleh supaya kita tidak ada masa nak melayan kesedihan, kemurungan dan perkara-perkara tidak bermanfaat supaya kita dapat jauhkan diri dari fitnah akhir zaman.


  1. Beruzlah menjauhkan diri daripada fitnah yang berlaku.

Bila kita tahu gejolak fitnah hari ini, kita nak masuk campur sekali ke atau kita nak masuk dalam kelompok itu?

Sebab itu sekarang kalau kita difitnah di media sosial, bukan media sosial tempat kita menjawab semuanya.

Kalau kita main layan semua fitnah yang berlaku ini, itu bukan penyelesaian yang utama bahkan kita sebenarnya telah melakukan kerosakan demi kerosakan. Makin berlaku keruntuhan rumahtangga, keruntuhan ukhwah dan silaturrahim.

Kita ada masalah dengan A.

Kenapa kita jumpa dengan B to Z nak settle?

Tolong pergi jumpa dengan A.

Tapi kenapa kita tak pergi jumpa dengan A?

Sebab kita takut dengan bayang-bayang kita sendiri.

Kita screen shot hantar dekat orang tu, hantar dekat orang ni. Hantar dekat wasap group besar, hantar dekat wasap group kecik. Akhirnya mencetak dosa demi dosa bercerita tentang orang lain.

Sayangi diri anda.
Sayangilah diri kita.

Masalah takkan settle kalau kita tak jumpa dengan orang yang ada masalah dengan kita tadi tu.

Subhanallah.

Kenapa kita nak mencetak dosa begitu banyak sedangkan kita dengan dia ada satu sahaja isu?

Tapi disebabkan hujung jari, kita hantar dekat orang tu, kita hantar dekat orang ni. Kita share pulak di media sosial dan dalam group-group wasap.

Akhirnya berapa banyak dosa yang telah dan sedang kita cetak?

Asingkan diri kita dari fitnah akhir zaman.

Bukan kita tak nak ambil tahu tapi kita tahu jika kita terjebak dengan perkara macam tu, dengan kita-kita sekali join sama.

Carilah circle yang baik.
Berkawan dengan orang yang betul.

Ingatlah HP yang ada di tangan kita boleh jadi jalan ke Syurga dan boleh jadi jalan ke Neraka.

“Ustazah, saya unfriend dah dia tu. Adakah saya berdosa putuskan silaturrahim?”

“Akak unfriend dia pasal apa?”

“Pasal bila saya tengok status dia mencarut, mengutuk orang, menghina orang. Saya tak nak lah macam tu.”

“Itu bukan putus silaturahim. Itu akak sedang beruzlah. Mengasingkan diri kita daripada kelompok yang begitu.”

Kalau wasap group kita ‘Ladies Of Jannah’ , tiba-tiba dalam tu kerja kita mengumpat dan mengutuk orang, maka fikir balik kita ni Ladies Of Jannah ke Ladies Of Naar?

Bercakap hal orang tapi nama group Bidadari Syurga, Jannah. Tukar je nama group tu kepada Ladies Of Naar.

Kalau dah nama group Bidadari Syurga, Ladies Of Jannah, dalam group tu kita tak bercerita hal orang. Kita bercerita hal kita saja.

Tak berdosa pun kita left group yang dalam tu mengumpat dan bercerita hal orang. Asingkan diri kita dari kelompok itu.

Kadang bila kita nak jadi baik, orang jahat memang sengaja ALLAH pisahkan. Sebab yang memisahkan mana beras mana antah itu bukan kita tetapi adalah ALLAH.

Jadilah orang baik.

ALLAH akan datangkan yang baik-baik kepada kita.

Subhanallah.


  1. Menyertai dan sentiasa bersama dalam jemaah Islam yang baik.

Duduklah dalam circle yang baik.

Islam adalah agama yang sejahtera.

Kalau kita ada kawan Non Muslim, layanilah mereka dengan cara Islam yang baik. Santunilah orang Non Muslim dengan cara Muslim.

Tapi hal urusan agama, jangan kita campur adukkan.


  1. Memperbanyakkan Istighfar dan memohon ampun kepada ALLAH.

Bila kita tengok fitnah akhir zaman, laju-laju beristighfar.

“Ya ALLAH. Jangan sampai aku terjebak sama. Peliharalah aku dan zuriat keturunan aku. Takutnya hidup di akhir zaman ni Ya ALLAH. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.”

Nampak depan mata kita, yang kita dengar, yang kita tahu,

“Astaghfirullahal’azim. Takutnya hidup di akhir zaman ini Ya ALLAH. Jangan sampai aku terjebak dengan perkara-perkara yang seperti ini Ya ALLAH.”

Banyakkan istighfar.

Kalau pun kita seperti nak terjebak ke arah itu, mudah-mudahan syaitan tadi terpelanting dengan istighfar kita.

“Ini fitnah akhir zaman. Aku tak mampu nak tegur. Aku beristighfar kepada-MU Ya ALLAH. Astaghfirullahal’azim.”


  1. Meningkatkan tahap kesabaran.

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis, pegang kerja agama di akhir zaman ini seperti pegang bara api. Memang segala sulit dan kesukaran perlu dihadapi.

Hidup di akhir zaman ini jika kerja dakwah semuanya mudah, bertanyalah kepada diri,

“Aku dah buat kerja dakwah betul-betul ke Ya ALLAH? Kenapa aku rasa macam mudah dan tak ada cabaran?”

Kenapa macam mudah saja semua urusan?

Sebab bukan untuk berbangga.

Tapi kita takut adakah kita yang telah terjebak dengan fitnah akhir zaman?

Jadi perlunya untuk kita berhati-hati.
Perlunya untuk kita memperhalusi.
Perlunya untuk kita bukan nak main angguk semua benda.


Kita ada agama kita.

Perbaiki.
Perbetulkan diri kita.

Mudah-mudahan ALLAH selamatkan kita daripada cabaran dan ujian akhir zaman, di samping doa-doa dan zikir-zikir yang kita amalkan.

Mudah-mudahan bukan kita, bukan zuriat keturunan kita dan bukan ummat Nabi SAW yang rosak aqidah khususnya di akhir zaman ini.

Na’uzubillahi Min Zalik.


[Dari kuliah Dhuha Ustazah Muzayyanah pagi tadi dari Surau Al-Islah Kota Seriemas. Alhamdulillah. Jazakillahu Khair Ustazah]

Wallahu’alam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Sumber Facebook : yusnizayaziz

ustazahzai

16 Zulhijjah 1445H
23 Jun 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *