Bahagiakan orang lain dengan mengamalkan sikap baik hati dan murah hati, serta sentiasa mempermudah urusan orang dengan kita dan menunaikan hajatnya. Tip untuk membahagiakan orang, apabila jumpa orang perkara yang perlu dilakukan pertama, berikan kasih sayang. Kedua, buat dia berasa penting dan dihargai. Ketiga, banyak mendengar atau berikan peluang kepada orang yang bertemu kita itu bercerita, daripada kita sibuk bercerita tentang diri kita. Keempat, jangan buatkan dia berasa serik hendak mengunjungi kita lagi dan berasa kehadirannya telah mengganggu dan menyusahkan kita. Kelima, berikan hadiah sebagai kenang-kenangan untuk menyambungkan silaturahim, kerana dengan hadiah itu orang yang bertemu kita itu akan mengingati kita. Orang yang benar-benar bahagia ialah orang yang bahagia melihat orang lain bahagia.
Sumber ;
-Prof Dr Muhaya.