Islam Itu Indah

 

Bahagia Yang Tertangguh?

Kenapa aku tak bahagia ya? Kenapa aku rasa kurang gembira dengan hidup aku ni? Semua yang aku nak, dilambatkan Tuhan. Sedih.

Apa sebenarnya bahagia ni? Kena hidup kaya-rayakah? Kena jadi cantik bergayakah? Apa sebenarnya bahagia ni, sepanjang hidup semenjak dewasa aku sedang mencari bahagia, sebab apa?

Sebab aku kurang rasa bahagia, tengok orang lebih sikit, aku tak bahagia, kenapa aku tak dapat juga macam apa yang dia ada? Kenapa Allah seakan tidak adil dengan aku ni?

Ya, Allah memang tak adil dengan aku. Orang sekeliling aku semua dapat apa yang mereka impikan, dan aku? Aku tak tahu, ada yang tidak kena apabila tiba giliran aku, yang aku nak, yang aku impian semuanya seakan dinafikan Allah. Allah tidak adil dengan aku.

Ramai antara kita kat dunia yang selalu mengeluh macam ni bukan? Selalu letakkan diri kita bahawa hanya kita sajalah di dunia ini yang paling banyak kena uji.

Bila ada yang bagi nasihat jujur pada kita kita selalu je, “Kau tak rasa apa yang aku rasa”. Betul ke orang yang selalu duk nasihat kita macam-macm tu tak pernah rasa susah dari kita?

Setiap daripada kita Allah akan uji, dari sejak sebelum lahir, sampai ke saat ini, kita telah ada perjanjian dengan Allah, sebagaimana sanggup kita untuk hidup di dunia maka haruslah juga sanggup untuk menghadapi ujian, musibah dari Allah.

Kalau di sekolah dulu, ustaz dan ustazah kita selalu sangat ingatkan kita, ujian ini tanda sayang, dan kita? Orang yang kerdil dengan ilmu termangu-mangu dengan diri sendiri.

Sayang apanya kalau berterusan rasa susah, berterusan rasa tak bahagia ni? Jawapan untuk soalan tu terbiar sepi, tak mampu terungkai dengan minda mahupun hati, biasalah kita selalu mendahulukan ego dan nafsu kita terlebih dahulu, tak mampu nak hadam lagi.

Tapi betul ke yang kita duk anggap selama ni yang kita tak bahagia ni? Apa sebenarnya bahagia? Bagaimana nak capai bahagia ni? Kita kena kena buat apa nak jadi bahagia ni?

 

Erti bahagia menurut Islam ialah perasaan tenang yang ada dalam setiap pemeluk agama Islam kerana memiliki Allah sebagai tujuan hidup.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Fath; Ayat 4

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَاناً مَّعَ إِيمَانِهِمْ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيماً حَكِيماً

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Bahagia yang sebenar ialah apabila kita mengenal Tuhan, Allah”. Rata-rata kalau dalam carian internet pun, se simple itu sahaja tentang apa itu bahagia. Habis tu kita-kita yang tak rasa bahagia ni apa? Kita tak kenal Tuhan kah?

Kita bukan tak kenal, tapi kita kurang syukur. Betul tak? Ye, walaupun pahit, kita kena terima dan telan hakikat ni, kita rasa tak bahagia sebab kita kurang syukur, sentiasa rasa tak cukup dengan apa yang Allah bagi, rasa macam nak lagi, nak lagi dan nak lagi.

Habis tu? Takkan tak boleh kot nak bercita-cita nak capai apa dalam hidup kita ni?

Bukan tak boleh sayang, kamu bebas membina dan melakar impian, kamu bebas berangan-angan, tapi kamu kena ingat, tak semua yang kamu impikan kamu akan dapat.

Ada masa Allah akan makbulkan impian, ada masa Allah pegang dulu apa yang kamu nak, dan Allah akan bagi ikut masa Dia dan yang ada kalanya Allah takkan bagi apa yang kamu minta, tapi Allah akan bagi yang lebih baik.

Dan untuk sehingga itu, Allah cuma mahu kita bersabar dan perbanyakkan syukur. Tu saja yang Allah mintak dengan kita. Tapi kita manusia, sangat kurang sabar dan syukurnya.

Kurang syukur ni menjadikan kita manusia yang kurang sabar. Kita selalu nakkan sesuatu dari Allah mengikut masa kita, kita tak sabar, kita gelojoh. Kita ada ego kita, bila Allah tak bagi, kita rasa Allah tak adil, bila kurang sabar dan kurang syukur, kita mudah menafikan nikmat.

Bila orang lain minta, senang je Allah makbulkan. Bila sampai masa kita, Allah hold dulu apa yang kita nak, sedangkan Allah dah ada masa yang paling baik untuk berikan sesuatu pada kita, mengikut masa-Nya. Bukan masa kita.

Semua apa yang Allah bagi dan takdirkan pada kita adalah belas ehsan dan tanda kasih sayang Allah pada kita.

Bahagia yang kita impikan tu kita kena cari, cari dengan lebih mengenali Tuhan. Bukan kita tak kenal Tuhan, tapi cinta kita bukan sebetul-betul cinta pada Tuhan. Prioriti hati kita yang paling tinggi apa?

Hati kita masih banyak cinta akan dunia, ini hakikat dunia akhir zaman. Jangan jadikan Allah piilhan terakhir bila gembira dan tiba-tiba menjadi pilihan yang pertama bila kita kecewa. Kita kena terima hakikat ni.

Bukan Allah tak bagi bahagia pada kita, cuma banyak yang kita lupa.

“Berapa banyak yang Allah bagi pada kita, yang kita fokuskan apa yang Allah tak bagi, yang Allah tak bagi sebenarnya tak banyak pun. Banyak lagi nikmat lain yang Allah, tanda Allah sayang kita. Apa yang Allah bagi?”

Nikmat terbesar yang Allah selalu bagi ialah nikmat hidup. Bangun pagi menghirup oksigen percuma, tak payah bayar apa-apapun pada Allah, cuba bayangkan jika nikmat oksigen pun kena bayar, memang tak hidup lama pon kita, tak mampu kita nak bayar apa yang telah kita hirup hari-hari ni. Bagaimana, sudah bersyukurkah hari ni?

 

 


Alhamdulillah untuk hari ni.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ar-Rahman yang disebut 31 kali dalam Al-Quran;

فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu ingin dustakan?”

Sudahkah bahagia hidup kita hari ni?

Bahagia untuk kita Allah dah beri, tapi sebab kita pejamkan mata dan hati, kita fokus pada apa yangAllah tak bagi hingga tak syukur dengan apa yang Allah telah beri, dan tak sabar-sabar untuk dapatkan apa yang kita impikan, yang sepatutnya ianya bukanlah dalam kawalan kita.

Bila kita minta dengan Allah, Allah akan bagi, Allah tak zalim pada kita.

“Apa saja jawapan untuk semua ujian dan musibah kat dunia ni adalah sebab Allah sayang kita.” (Ustaz Ebit Lew)

Dengan ujian, kita lebih mengenal kita, dengan ujian kita lebih kuat dan tabah dalam kehidupan untuk kita teruskan kehidupan. Dah nampak bukan segala jawapan kepada soalan utama yang terbiar sepi begitu lama.

Allah bagi semua tu sebab Allah sayang, Allah nak kita lebih dekat dengan Dia, cara yang paling indah dengam ujian dan musibah.

Mari kita buka mata hati kita untuk berlapang dada dengan takdir Tuhan, tiada apa-apa kita sebagai hamba yang tak punyai apa-apa ini melainkan mengharap rahmat dan kasih sayang Tuhan yakni Allah untuk kita.

Bagaimana? Bahagiakah kita selama ni? Kita sebenarnya bahagia, tapi sebab kita banyak sangat tutup mata hati kita untuk apa yang Allah kurnia dan takdirkan buat kita.

Bukan bahagia kita yang Allah tangguhkan tapi diri kita sendiri yang lupa dan sombong yang membuatkan bahagia kita tertangguh dengan sendiri. Kita ini hamba, kita banyak kurang syukur dan kurang sabar.

Semoga Allah perbaiki hati dan jiwa kita supaya kita dapat capai balik BAHAGIA yang telah sekian lama kita tangguhkan dulu. Aamiin!