Petang ini, petang khamis 12 Oktober 2017, 2-4ptg (hari kuliah terakhir sebelum cuti mid sem 😄😄).

Pelajar SSCM1023 Math Methods 1 Section 6 bertungkus lumus berbincang dan menjawab soalan Test 1 sesi-sesi yang lepas.

Semoga para pelajar saya ini dapat sesuatu dari perbincangan ini. Cuti mid sem pun saya dah bekalkan Tugasan 1 dan 2. Dengan harapan, pelajar semua dapat bersedia untuk Test 1 pada 25 Oktober nanti.

Kadang-kadang kita perlu ‘paksa’ pelajar untuk belajar dengan cara perbincangan dalam kumpulan dan juga tugasan sempenan cuti kuliah 😎😎. Harap pelajar saya faham tujuan saya ‘paksa’ ni.

Selamat bercuti dan All the best untuk semua pelajar saya.