Semeliang Village Resort/ Agro Farm Kuala Nerang Kedah

Semeliang Village Resort/ Agro Farm Kuala Nerang Kedah

 

Ia merupakan  penginapan dalam Ladang Rusa, terdapat koleksi 100 jenis burung dan haiwan ternakan dengan persekitaran kampung yang asli dengan suasana resort yang moden.

Terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Pekan Kuala Nerang, percutian di sini mampu menawarkan ketenangan kepada golongan dewasa dan keceriaan kepada anak-anak kecil.

Di sini terdapat kolam renang, tapak bbq, 6 buah chalet, surau, dewan makan, serta ladang ternakan haiwan yang menjadi tarikan kanak-kanak.
Aku berkunjung ke sini untuk buat family day aritu dan book semua chalet.
Bagi aku kawasan dia ok, terjaga. Kolam boleh tahan cuma bila terlalu ramai pengunjung masa peak hour air di dalam chalet akan slow. Contoh pada waktu maghrib bila semua orang nak mandi dan solat.

Makanan juga boleh ditempah jika kita nak buat jamuan di samping tambah hidangan bbq kita bakar sendiri. Boleh tgk fb mereka untuk maklumat lanjut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *