Adopt A Kampung

Adopt a Kampung

Pembinaan Fun Learning Toy Library adalah merupakan satu keperluan pembangunan semula yang bersifat positif dan signifikan. Beberapa kepentingan  daripada projek ini adalah:

  • Program USR RS ini juga merupakan salah satu pencapaian KPI tahunan bagi fakulti UTM Razak School. Ia merupakan sumbangan kepakaran dari ahli-ahli akademik RS (dan juga staf bukan akademik) sebagai salah satu usaha untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
  • Pembinaan perpustakaan yang kondusif di pra-sekolah dapat memberikan kemudahan sekolah dan membantu usaha di peringkat awal bagi menerapkan minat kepada bidang ilmu iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
  • Perancangan pembinaan Fun Learning Toy Library menarik minat anak pra-sekolah untuk ke sekolah dan menggunakan perpustakaan yang disediakan sekaligus dapat memupuk minat membaca, mencintai ilmu pengetahuan walaupun telah mengalami keadaan yang trauma. Ini adalah penting untuk mengembalikan semangat anak-anak ke sekolah kerana impak trauma daripada bencana tersebut yang telah menyebabkan semangat ke sekolah telah terkesan.

 

Untuk info lanjut, sila layari laman web di bawah:

razak.utm.my/adoptakmapung