Program Tahunan Kelab Perakan Johor Bahru

Seperti kebiasaan, setiap tahun dan pada tahun ini bertarikh 19 Sept 2020, Kelab Perakan Johor Bahru telah mengadakan Majlis Kacar Sugho (Ashura) & Pengagihan Bantuan COVID-19 Zon Selatan (Johor) di perkarangan PASTI Al-Kauthar 9, Taman Saujana, JB yang dirasmikan oleh YB Ust. Mohd Rodzi bin Jaafar,  ADUN Goal, Pasir Putih.

Objektif utama adalah bagi memupuk semangat muhibbah dan muafakat antara ahli perantauan anak kelantan di JB serta mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli  dan masyarakat setempat. Melalui program ini juga, ianya memupuk budaya tolong menolong dan kerjasama antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *