Program Tahunan Kelab Perakan Johor Bahru

Seperti kebiasaan, setiap tahun dan pada tahun ini bertarikh 19 Sept 2020, Kelab Perakan Johor Bahru telah mengadakan Majlis Kacar Sugho (Ashura) & Pengagihan Bantuan COVID-19 Zon Selatan (Johor) di perkarangan PASTI Al-Kauthar 9, Taman Saujana, JB yang dirasmikan oleh YB Ust. Mohd Rodzi bin Jaafar,  ADUN Goal, Pasir Putih.

Objektif utama adalah bagi memupuk semangat muhibbah dan muafakat antara ahli perantauan anak kelantan di JB serta mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli  dan masyarakat setempat. Melalui program ini juga, ianya memupuk budaya tolong menolong dan kerjasama antara satu sama lain.

Trip Convoi EWG Southern group to Melaka

Tentatif trip Melakau

20/8/2020 (Khamis)
KL
8.00 pg : Bergerak dr KL
9.00 pg : Berkumpul di RnR Seremban (CP1KL)
10.00 pg : makan tghari di rnr ayer keroh -30 minit (CP2KL)
10.30 pg : Bergerak ke MIBC MITC

JB
8.00 pg : Berkumpul Shell Kulai PLUS (CP1JDT)
9.00 pg : rnr machap (CP2JDT)
10.00 pg : makan tgahri di rnr Pagoh -30 minit(CP3JDT)
10.30 pg : Bergerak ke MIBC MITC

JB + KL
11.00 tgh : MIBC MITC Ayer Keroh/sesi bergambar & photoshot drone
12.00 tgh : Pertandingan bowling/sesi bergambar/penyampaian cenderahati & hadiah
2.30 ptg : Check in/berehat
4.00 ptg : xtvt santai
6.30 mlm : gerak ke tempat makan malam (cadangan seafood/ikan bakar)
9.00 mlm : xtvt bebas

21/8/2020 (Jumaat)
7.30 pg : sarapan
8.30 pg : aktiviti bebas
12.00 tgh : check out/sesi bergambar/penutup

Tempat : Melaka International Bowling Centre (MIBC)
Tarikh : 20 Aug 2020 (Khamis)
Masa : 12.00 tgh

Trip short Convoi EWG Southern

Tarikh: 03 – 04 July 2020
Tempat : Penyabong Warisan Resort, Mersing

Tentatif Trip Short Convoi EWG Southern ??
–> 3/7/2020 (Jumaat)

9.00 pg – Kumpul di Petronas Tiram
9.30 pg – Bacaan doa & pelepasan konvoi
11.30 pg – Tiba di Mersing Makan di Ucu Pantai Mersing.
12.45 tgh – Solat Jumaat (Jika ada ruang di Masjid berdekatan)
2.30 ptg – Check in Resort & Rehat
3.30 ptg – xtvt pantai di Pantai lanun/bola sepak pilot/games Co pilot
6.00 ptg – bersiap/mandi utk xtvt mlm
8.00 mlm – BBQ & Karaoke santai
10.30 mlm – xtvt bebas

–> 4/7/2020 (Sabtu)

7.00 pg – sarapan
8.30 pg – Sukan Keluarga
* Sukaneka kanak-kanak (xtvt darat)
* Pertandingan Kayak (dewasa)
* Pertandingan Bot ( Keluarga)
11.00 tgh – minum pagi, penyampaian hadiah & penutup.
12.15 tgh – Photo shoot 2
12.30 tgh – Check Out
12.30 tgh – Colek colek pantai penyabung & mkn tgahari
1.00 ptg – Jeti Borong ikan & solat
2.30 ptg – beli keropok gentel dan hasil laut pantai mersing
3.30 ptg – Konvoi Pulang

Kenangan 2020 yang tidak boleh dilupakan tentang Covid19

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Nak simpan simpan di sini jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk kita baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur ??
Takkan sesekali aku lupa
FASA 1: 18 MAC – 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR – 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR – 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR – 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI – 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN – 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh ??
?Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
?PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
?Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
?Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
?Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
? Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
?Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja – kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
?Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what’sapp.
?Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
?Pita pelekat dilekatkan di atas lantai – lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
? Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
?Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
?Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
?Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
? Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
?Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
?Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
?Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
?Taman permainan kanak-kanak ditutup.
?Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
?Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
?Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
?Rak-rak di kedai menjadi kosong.
?Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
?Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
?Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
?Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
?Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
? Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
?Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
? Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
?Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
? “Mendatarkan lengkung graf” itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata ” Kita lakukan ini bersama” dan “Kita harus menang”
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 ????
Kenapa saya copy paste status ini?
Kerana, satu hari nanti, ia akan memberikan peringatan kepada kita, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️??❤️??❤️
akan jd kenangan abadi selamanya…
CNP#FB

 

Syafaat surah Al-Mulk

Carilah motivasi kenapa kita perlu baca Al-Mulk setiap hari. Saya kongsikan di bawah.
Hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.” Riwayat Ibn Majah (3786)
Daripada Ibn Abbas, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam.” Maka jawab Baginda SAW, “surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.” Riwayat al-Tirmizi (2890)
Saya yakin setiap orang ada cara masing-masing untuk menghafal.
Di sini saya kongsikan cara untuk menghafal Surah Al-Mulk. Boleh cuba ya.
1. Niat hafal kerana Allah.
2. Cari guru untuk belajar bacaan yang betul. Kalau susah, cari online mana-mana qari yang anda suka dan dengar bacaan mereka berulang kali.
3. Lancarkan bacaan bagi memudahkan hafalan. Baca berulang kali. Gunakan mushaf Al-Quran yang sama setiap kali membaca
.
4. Tulis perkataan pertama setiap ayat untuk memudahkan kita mengetahui kedudukan ayat. Kecuali beberapa ayat yang sama perkataan awalnya. Contoh ayat 2 dan 3, tulis 3 perkataan awal untuk membezakan 2 ayat tersebut.
Ayat 1: تَبَٰرَكَ
Ayat 2: ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ
Ayat 3: ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ
Ayat 4: ثُمَّ
Ayat 5: وَلَقَدْ
Ayat 6: وَلِلَّذِينَ
Ayat 7 : إِذَآ
Ayat 8: تَكَادُ
Ayat 9: قَالُوا۟
Ayat 10: وَقَالُوا۟
Ayat 11: فَٱعْتَرَفُوا۟
Ayat 12: إِنَّ
Ayat 13: وَأَسِرُّوا۟
Ayat 14: أَلَا
Ayat 15: هُوَ
Ayat 16: ءَأَمِنتُم
Ayat 17 : أَمْ أَمِنتُم
Ayat 18 : وَلَقَدْ
Ayat 19: أَوَلَمْ
Ayat 20: أَمَّنْ هَٰذَا ٱلَّذِى هُوَ
Ayat 21: أَمَّنْ هَٰذَا ٱلَّذِى يَرْزُقُكُمْ
Ayat 22: أَفَمَن
Ayat 23: قُلْ هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنشَأَكُمْ
Ayat 24: قُلْ هُوَ ٱلَّذِى ذَرَأَكُمْ
Ayat 25: وَيَقُولُونَ
Ayat 26: قُلْ إِنَّمَا
Ayat 27: فَلَمَّا
Ayat 28: قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِىَ
Ayat 29: قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ
Ayat 30:
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ
5. Hafal perkataan awal yang kita tulis. Bila kita hafal perkataan awal yang kita tulis, otak kita sendiri akan tahu sambungan perkataan tersebut dan kita tidak akan mudah tertukar/terlangkah ayat. (Langkah ini sangat mudah berhasil bila kita selalu baca surah Al-Mulk. Lihat langkah 3.)
6. Baca ayat yang kita sudah hafal semasa dalam solat wajib/solat sunat rawatib dan sebelum tidur.
Mungkin ada yang tertanya, ikut cara ni berapa hari boleh hafal?
Kecepatan menghafal bergantung kepada individu. Bagi yang pernah hafal sebelum ini tapi tiba-tiba lupa, sehari pun boleh untuk ingat semula semua ayat.
Bagi yang tidak pernah hafal sebelum ni, memang akan ambil masa beberapa hari untuk hafal. Minima 3 hari(sehari hafal 10 ayat).
Boleh juga letak target sehari hafal 1 ayat. Kalau rasa nak sehari hafal 5 ayat pun boleh.
Oh ya, masa yang paling baik untuk menghafal adalah sebelum subuh. Tapi bukanlah bermakna masa lain tak boleh. Boleh ja.
Ikutlah kemampuan diri masing-masing. Tiada pun pertandingan siapa paling cepat hafal. Santai.
Andai niat anda hafal kerana Allah, sangat mudah untuk menghafal. InsyaAllah.

Semoga berterusan.

Sumber: fb, Kelas Tahsin Qiraatil Quran Tampoi Johor Bahru

Friendship cup SJFC vs KMFC

Sabtu: 15/2/2020
Lokasi: Padang bolasepak Kota Masai

Memenuhi permintaan anak2 menyertai kelab bola sepak kanak-kanak, kerana minat nya terhadap bola sepak, maka tertunai dan sudah sebulan sesi latihan setiap minggu pada jumaat dan sabtu dan ini adalah permulaan tahun 2020 perlawanan persahabatan yang pertama telah diadakan, perlawanan antara kota masai Fc vs SjFC.Kemenangan telah dijuarai oleh team SJFC

3 Kategori dipertandingkan
– SJFC U8 kalah
-SJFC U10 menang
-SJFC U12 menang penalti

                     

                       

         

Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Pengarah UTMDigital

Tarikh   :    23 Januari 2020 (Khamis)
Masa     :   8.30 pagi – 9.30 pagi
Tempat :   i.    Dewan Seminar UTMDigital, Aras 4  UTM Johor Bahru.
                  ii.   Bilik Mesyuarat UTMDigital , UTM Kuala Lumpur [LINTAS LANGSUNG]

 

Penjenamaan sumula CICT

CICT ==> UTMDigital
Pemaju transformasi digital berteraskan pemerkasaan penggunaan teknologi, aplikasi dan data bagi peningkatan ketangkasan, produktiviti dan prestasi penyampaian perkhidmatan ke arah universiti digital.

Kelebihan dan Khasiat ‘Bismillah 5′:

1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim

Artinya sebagai berikut:
1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Bismillah 5 adalah Doa Segala Penawar Penyakit Batin dan Zahir. Sebagai pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan Khasiat ‘Bismillah 5′:
1. Menghalang jin dan syaitan.
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh.
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang.
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

sumber:cp telegram

Selamat Tahun Baru 2020

Sayonara 2019. Welcome 2020

Sedar atau tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru 2020 dan pastinya memori atau kenangan tahun2 sebelum ini, sama ada yang indah ataupun tidak, merupakan pengalaman yang mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baharu 2020 ini.

Semoga tahun ini lebih baik dan indah dari tahun2 sebelumnya dan semoga setiap perkara dan amalan yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah selalu.

Selamat Tahun baru 2020!!!!

 

Welcome 2019

Sempena tahun baru 2019, Siri Mesej Integriti pada awal tahun ini ingin berkongsi tips-tips mencapai azam tahun baru 2019, dengan mengaplikasikan target cara S.M.A.R.T. seperti berikut :

S – SPECIFIC
Matlamat atau azam kita perlu dispesifikkan supaya kita lebih jelas.

M – MEASURABLE
 Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur dan dinilai harganya.

A – ACHIEVABLE
Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh dicapai.

R- REALISTIC
Apa yang mahu dicapai mestilah sesuatu yang realistik dan relevan serta bermakna kepada diri sendiri.

T- TIME-BOUND
Setiap target atau azam hendaklah diletakkan jangkamasa, bila hendak dimulakan dan bila hendak dicapai.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengharungi tahun 2019 dengan lebih bersemangat serta mengaplikasikan target S.M.A.R.T ini  seterusnya terus mendukung visi dan misi Universiti.

Today, is the first blank page of a 365 page book. WRITE A GOOD ONE.
Rujukan :
Professor Wiseman, Pakar Sains Kefahaman Psikologi dari University Hertfordshire United Kingdom.