Salam Merdeka untuk Malaysia

with No Comments

31 Ogos 2018

Selamat Hari kemerdekaan. Semoga Malaysia terus aman makmur maju dan merdeka di bawah lindungan Allah.

https://www.youtube.com/watch?v=Y2ipLyJCFAM

Nyalakan Tekad

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

Leave a Reply