Proses Penghantaran Tesis Berjilid

Bersama ini saya sertakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk proses penghantaran tesis berjilid jika pembetulan telah disiapkan dan mendapat kebenaran dari penyelia untuk teruskan dengan proses penjilidan.

 

  1. Sediakan draf laporan dalam saiz A4, mengikut format depan belakang seperti dalam guideline tesis
  2. Hantarkan draf laporan tersebut ke Pejabat Akademik Sekolah Pendidikan, bersama borang I (pra penghantaran tesis berjilid) untuk disemak. Semakan boleh dibuat on-the-spot, dengan bantuan Puan Norhila.
  3. Selesai disemak, jika ada pembetulan dari senarai semak tersebut, pelajar perlu membuat pembetulan, dan kemudian teruskan dengan penjilidan. Untuk penjilidan, pelajar digalakkan untuk menyediakan tesis bersaiz A4 dalam PDF file dan cetak serta jilid di kedai printing sekitar UTM. Kedai percetakan ini akan mencetak file tersebut dalam saiz B5.
  4. Selesai menjilid, hantarkan 2 set naskah berjilid beserta CD e-tesis ke pejabat akademik untuk dihantar ke Sekolah Pendidikan selewat-lewatnya 30 Mei 2019 . Ada 4 borang pelajar perlu bawa bersama:
    1. Borang I yang telah disemak pada langkah 2 sebagai bukti pembetulan telah dibuat sebelum penjilidan
    2. Borang J (semakan tesis berjilid)
    3. Borang F (dapatkan lebih awal di pejabat akademik sebelum penjilidan)
    4. Borang bukti penghantaran projek (dicetak di eProject) menu no.6

Diharap panduan ini dapat membantu pelajar untuk proses penghantaran tesis berjilid ke Sekolah Pendidikan.

PSM2 Sekolah Pendidikan Sesi 2 2018/2019

To all students who enrolled to PSM2 in this semester (SPPU4904), please refer to the following dates for your perusal.

Tarikh akhir pelajar menghantar draf laporan PSM 2 kepada penyelia, Minggu 13 (2 May 2019, Khamis)

Edaran jadual pembentangan seminar PSM 2, Minggu 14 (8 May 2019, Rabu)

Tempoh pelajar menghantar laporan PSM 2 kepada penilai, Minggu 14-15 (8 – 13 May 2019)

Tarikh akhir penyelia memasukkan markah di eProject, Minggu 15 (14 May 2019, Selasa)

Seminar PSM 2, Minggu 15 (15 May 2019, Rabu)

Tarikh akhir penilai PSM 2 memasukkan markah ke dalam eProject, Minggu 15 (16 May 2019, Khamis)

Tempoh pembetulan PSM2 oleh pelajar, Minggu 15-16 (16-23 May 2019)

Tarikh akhir pelajar kemaskini abstrak & maklumat tesis PSM 2 di eProject, Minggu 17 (30 May 2019, Khamis)

Tarikh akhir pelajar menghantar dua(2) naskah berjilid PSM2 bersama e-Tesis ke pejabat akademik, Minggu 17 (30 May 2019, Khamis)

 

Saya ada menyediakan template ringkas khas untuk kegunaan pelajar-pelajar Sekolah Pendidikan. Template yang disediakan lebih mudah kerana nama sekolah dan Fakulti telah ditetapkan. Pelajar hanya perlu mengisi ruang yang di highlight warna kuning sahaja.

 

Anda boleh download template dalam Bahasa Inggeris di sini.

Template Bahasa Melayu boleh di download di sini.

Untuk formatting hard bound pula, sila rujuk lampiran ini.

Template ringkat untuk artikel PSM boleh di download di sini.

Untuk rujukan lanjut tentang panduan PSM Sekolah Pendidkan boleh rujuk di lampiran ini.

Maklumat lanjut dan terperinci akan saya kongsikan sewaktu taklimat PSM2 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

UTM Open Day