Bersama ini saya sertakan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar untuk proses penghantaran tesis berjilid jika pembetulan telah disiapkan dan mendapat kebenaran dari penyelia untuk teruskan dengan proses penjilidan.
- Sediakan draf laporan dalam saiz A4, mengikut format depan belakang seperti dalam guideline tesis.
- Hantarkan draf laporan tersebut ke Pejabat Akademik Sekolah Pendidikan, bersama borang I (pra penghantaran tesis berjilid) untuk disemak. Semakan boleh dibuat on-the-spot, dengan bantuan Puan Norhila.
- Selesai disemak, jika ada pembetulan dari senarai semak tersebut, pelajar perlu membuat pembetulan, dan kemudian teruskan dengan penjilidan. Untuk penjilidan, pelajar digalakkan untuk menyediakan tesis bersaiz A4 dalam PDF file dan cetak serta jilid di kedai printing sekitar UTM. Kedai percetakan ini akan mencetak file tersebut dalam saiz B5.
- Selesai menjilid, hantarkan 2 set naskah berjilid beserta CD e-tesis ke pejabat akademik untuk dihantar ke Sekolah Pendidikan selewat-lewatnya 30 Mei 2019 . Ada 4 borang pelajar perlu bawa bersama:
Diharap panduan ini dapat membantu pelajar untuk proses penghantaran tesis berjilid ke Sekolah Pendidikan.