Projects

RESEARCH AND CONSULTANCY PROJECTS

Projek Tanaman Fertigasi Cili Di Kenari Kangkar Pulai, Johor

Projek Fertigasi Kangkar Pulai ini merupakan projek komuniti hasil kerjasama antara Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pertanian Johor Bahru. Projek yang diketuai oleh Dr Huszalina Hussain ini memfokuskan kepada perkongsian ilmu dan kemahiran penanaman cili sentil secara fertigasi. Antara ahli projek yang turut berkongsi khidmat nasihat kepada komuniti kenari adalah Dr Azman Abd Samad, Dr Alina Wagiran dan Dr Raihana Ridzuan.

Komitmen daripada Komuniti Kenari amat tinggi dan membanggakan. Komuniti menunjukkan minat dan usaha yang padu dalam menjayakan penanaman secara fertigasi ini. Mereka adalah komuniti yang luar biasa dan layak bergelar komuniti contoh bagi kejiranan hijau. Tahniah Kenari.

Untuk melihat lebih lanjut berkenaan kemajuan projek kejiranan hijau komuniti kenari sila layari laman sosial Urban Farming Kenari Kangkar Pulai link.