Archives for May 2023

Jom menderma di UTM melalui UTMFundraising

 

 

Sebagai satu inisiatif untuk memudahkan pengguna menderma di UTM, Bahagian Pemajuan UTM dengan kerjasama UTMDigital telah membangunkan satu portal iaitu UTMFundraising. Portal ini menghimpunkan kesemua senarai kempen yang diwujudkan di UTM. Akses ke portal ini boleh dicapai menerusi url 

Link : https://fundraising.utm.my

Senarai kempen sumbangan yang diwujudkan juga boleh dicapai menerusi aplikasi mudah alih UTM iaitu UTMSmart. Terdapat beberapa kaedah bayaran yang disediakan kepada penderma iaitu melalui FPX, kad kredit dan juga e-wallet KiplePay. Penderma yang berjaya membuat bayaran akan menerima satu notifikasi emel mengandungi resit bayaran pengecualian cukai dari pihak bendahari UTM.

Aplikasi mobile di UTM iaitu UTMSmart

utmsmart

UTMSmart ialah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh UTM sebagai salah satu inisiatif pendigitalan kampus UTM. Terdapat banyak servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam UTMSmart bagi memudahkan staf dan pelajar di UTM. Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk staf seperti carian staf, capaian slip gaji, capaian penyata tahunan pendapatan, semakan status claim dan lain-lain. Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk pelajar pula seperti capaian hutang pelajar, bayaran caj pelajar dan lain-lain. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui melalui platform Google, Apple dan Huawei.