Jom menderma di UTM melalui UTMFundraising

 

 

Sebagai satu inisiatif untuk memudahkan pengguna menderma di UTM, Bahagian Pemajuan UTM dengan kerjasama UTMDigital telah membangunkan satu portal iaitu UTMFundraising. Portal ini menghimpunkan kesemua senarai kempen yang diwujudkan di UTM. Akses ke portal ini boleh dicapai menerusi url 

Link : https://fundraising.utm.my

Senarai kempen sumbangan yang diwujudkan juga boleh dicapai menerusi aplikasi mudah alih UTM iaitu UTMSmart. Terdapat beberapa kaedah bayaran yang disediakan kepada penderma iaitu melalui FPX, kad kredit dan juga e-wallet KiplePay. Penderma yang berjaya membuat bayaran akan menerima satu notifikasi emel mengandungi resit bayaran pengecualian cukai dari pihak bendahari UTM.