Definisi Kepimpinan Instruksional

Sejenis kuasa atau tingkah laku yang ada pada diri pemimpin sekolah dan kebiasaannya boleh mempengaruhi sekolah dan juga keadaannya (Kis & Konan, 2014).

Satu bentuk kepimpinan yang berorientasikan peningkatan kualiti pengajaran guru, kurikulum, dan amalan penilaian untuk meningkatkan kualiti pedagogi guru dan pencapaian akademik murid (Printy, Marks, & Bowers, 2009).

Satu tugas atau tanggungjawab yang paling diperlukan dalam pentadbiran sesebuah institusi pendidikan untuk meningkatkan kualiti proses PdP dan pencapaian akademik murid (Sekhu, 2011).

Kemampuan pemimpin sekolah untuk memacu sekolah mereka secara berkesan ke arah yang lebih baik dengan meningkatkan kualiti proses PdP melalui penglibatan guru, murid, ibu bapa dan masyarakat (Hallinger dan Murphy, 1987).

Segala tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh seorang pemimpin sekolah yang bertujuan memantapkan proses PdP (James & Balasandran, 2013).

Kepimpinan yang menggunakan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah akademik dan menjadikan guru mengetahui peranan mereka dalam merealisasikan matlamat sekolah (Krug, 1992).

kepimpinan instruksional ialah sebarang usaha ke arah menggalakkan dan menyokong pihak yang terlibat dalam proses PdP untuk mencapai matlamat sekolah dan pembentukan satu sistem sosial sekolah yang kukuh (Drake & Roe, 2002).

Kepimpinan instruksional ialah sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan kejayaan proses PdP dan juga pembangunan sekolah (Hallinger dan Murphy, 1985).

Kepimpinan instruksional juga dikatakan sebagai rantaian tindakan yang diambil oleh pemimpin sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran murid (De Bevoise, 1984) dan juga keadaan pembelajaran murid di sekolah (Greenfield, 1987).

Kepimpinan instruksional ialah kuasa dan tingkah laku yang digunakan oleh pemimpin sekolah, guru dan penyelia sekolah untuk mempengaruhi individu dan situasi di dalam sekolah (Sisman, 2016).

Kepimpinan instruksional ialah usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin sekolah untuk meningkatkan proses PdP dan pembelajaran yang melibatkan guru, ibu bapa, murid, dan juga gabungan perancangan, pengurusan, kemudahan dan budaya sekolah (Hallinger, 2011, 2000).

Rujukan

De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader. Educational Leadership41(5), 14–20.

Drake, T. L., & Roe, W. H. (2002). The principalship (6th ed.). New York: Pearson.

Greenfield, W. (1987). Instructional leadership: Concepts, issues and controversies. Newton MA: Allyn and Bacon.

Hallinger, P. (2011). Leadership for learning: Lessons from 40 years of empirical research. Journal of Educational Administration49(2), 125–142. http://doi.org/10.1108/09578231111116699

Hallinger, P. (2000). A review of two decades of research on the principalship using the Principal Instructional Management Rating Scale. In Paper presented at the annual meeting of the American Educational Research Association, Seattle, Washington.

Hallinger, P., & Murphy, J. F. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Leadership9, 54–61. Retrieved from http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_198709_hallinger.pdf

Hallinger, P., & Murphy, J. F. (1985). Assessing the instructional management behavior of Principals. The Elementary School Journal86(2), 217–247.

James, A. J. E., & Balasandran, R. (2013). Kepimpinan instruksional: Satu panduan praktikal (2nd ed.). Kuala Lumpur: PTS Akademia.

Kis, A., & Konan, N. (2014). A Meta-analysis of gender differences in terms of teacher views on the instructional leadership behavior of principals. Educational Sciences: Theory & Practice14(6), 2139–2145. http://doi.org/10.12738/estp.2014.6.2307

Krug, S. E. (1992). Instructional leadership: A constructivist perspective. Educational Administration Quarterly18(3).

Printy, S. M., Marks, H. M., & Bowers, A. J. (2009). Integrated leadership: How principals and teachers share transformational and instructional influence. Journal of School Leadership19(5), 504–532.

Sekhu. (2011). Practices of primary school principals as instructional leaders: Implications for learner achievement. University of Pretoria.

Sisman, M. (2016). Factors related to instructional leadership perception and effect of instructional leadership on organizational variables : A meta-analysis. Educational Sciences: Thoery & Practice16(5), 1761–1787. http://doi.org/10.12738/estp.2016.5.0172

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Definisi Kepimpinan Instruksional

  1. Suriana Ng says:

    Perkongsian terbaik.. terima kasih Dr

  2. Vickneswari says:

    Hello Dr, good day…good sharing,currently I’m doing phd on this topic.I need help on this Dr.Possible to guide me Dr?

  3. Madi says:

    Tq Dr Zam for Share

Comments are closed.