Dugaan kepada kereta saya…

Pada 16 Mei 2023 (Selasa) – Hari Guru – 🤣 ketika saya hendak menaiki kereta saya… Saya dapati lamp cover (lampu kuning dalam kenderaan dan atas kepala tempat duduk hadapan) telah tertanggal kedua-duanya. Ketika itu hati saya telah merasakan ada sesuatu yang tidak betul berlaku atas kereta saya. Setelah saya memeriksa bahagian luar kereta saya, saya dapati bahagian bumbung kereta saya telah kemek/berlekuk dan kemudian ada satu batu bersaiz sederhana kecil ada di bahagian viper saya. 

Saya parking kereta saya di Blok C23, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Saya parking di sini kerana ia berhampiran dgn C15 – Sekolah Pendidikan.

Asalnya saya hanya mendiamkan diri saja tentang kemalangan ini. Namun atas nasihat beberapa orang pensyarah senior, saya telah emel oshe@utm.my untuk membuat aduan tentang hal ini. Dalam emel itu saya ceritakan hal sebenar dan kemudian minta mereka untuk menyiasat.

Hasil siasatan tidak ambil masa. Sangat efisyen mereka berkerja. Didapati bahawa semasa hari kejadian tiada kerja “baik pulih” yang dilaksanakan oleh kontraktor. Maka kemungkinan besar “benda” yang jatuh atas bumbung saya itu ialah atap genting yang diterbangkan angin.

Maka, pihak insuran UTM berjanji untuk membuat ganti rugi dengan beberapa dokumen perlu saya emelkan kepada mereka seperti 1) Laporan polis – saya buat di Balai Polis Taman Universiti, 2) Laporan di bahagian keselamatan UTM – tempat ambil sticker kenderaan, 3) polisi insuran kenderaan, 4) lesen memandu, 5) gambar kejadian dan 6)quotation daripada bengkel kereta (kos baik pulih).

Kesan lekuk pada bumbung
Lokasi kejadian…
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.