*IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BAGI PEMBANTU PENYELIDIK*
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.
Dengan penuh rasa kesyukuran dan tawaduk saya ingin mengalu-alukan calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu penyelidik bagi geran FRGS Fasa 1/2023.
Tajuk kajian ialah *Kerangka Kepimpinan Instruksional Berintegrasi Pembelajaran Profesional dalam Kalangan Pengetua di Malaysia*
*Kriteria calon* yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan atau apa-apa bidang yang berkaitan dengan sains sosial
- Mempunyai minat yang tinggi untuk belajar dan akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Mixed Mode/Fully Research) di universiti terbaik Selatan Tanahair, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
- Fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
- Berdisiplin, bersikap positif, kreatif dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum
- Mempunyai pengalaman dalam aktiviti penyelidikan adalah satu kelebihan
*Manfaat dan kelebihan*:
- Elaun bulanan berjumlah RM2000 akan diberikan kepada calon yang terpilih selama 2 tahun
- Elaun untuk proses pengumpulan data, perkhidmatan proofreading, cas memproses artikel dan lain-lain lagi
- Lantikan bermula 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2025.
- Calon yang berminat, sila email CV kepada roslizam@utm.my dan CC kepada p-lokman@utm.my. Tarikh akhir permohonan adalah pada 15 September 2023
- Sebarang pertanyaan boleh melalui aplikasi WhatsApp ini https://wasap.my/60127376795
Terima kasih.
#FRGS2023
#UTM