Jawatan Kosong Sebagai Graduate Research Assistant (GRA) bagi FRGS 1/2023

*IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BAGI PEMBANTU PENYELIDIK*

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan tawaduk saya ingin mengalu-alukan calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu penyelidik bagi geran FRGS Fasa 1/2023.

Tajuk kajian ialah *Kerangka Kepimpinan Instruksional Berintegrasi Pembelajaran Profesional dalam Kalangan Pengetua di Malaysia*

*Kriteria calon* yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
  • Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan atau apa-apa bidang yang berkaitan dengan sains sosial
  • Mempunyai minat yang tinggi untuk belajar dan akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Mixed Mode/Fully Research) di universiti terbaik Selatan Tanahair, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
  • Fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris
  • Berdisiplin, bersikap positif, kreatif dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum
  • Mempunyai pengalaman dalam aktiviti penyelidikan adalah satu kelebihan

*Manfaat dan kelebihan*:

  • Elaun bulanan berjumlah RM2000 akan diberikan kepada calon yang terpilih selama 2 tahun
  • Elaun untuk proses pengumpulan data, perkhidmatan proofreading, cas memproses artikel dan lain-lain lagi
  • Lantikan bermula 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2025.
  • Calon yang berminat, sila email CV kepada roslizam@utm.my dan CC kepada p-lokman@utm.my. Tarikh akhir permohonan adalah pada  15 September 2023
  • Sebarang pertanyaan boleh melalui aplikasi WhatsApp ini https://wasap.my/60127376795 

Terima kasih.

#FRGS2023

#UTM

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.