Duit palsu??? Oh tidak… Jangan cemas….

Saya nak share sedikit pengalaman berkenaan duit kertas RM50. Rutin harian saya selalu singgah di kawasan rehat Kulai (PLUS) untuk beli sarapan pagi. Cuma kali ini, wang kertas RM50 yang saya hulur kepada penjual, dikembalikan semula. Rasa malu juga waktu tu.. Dalam hati terdetik, ini wang palsu ke? Penjual tu jawab, “saya tak pasti”.. Tapi ada sebahagian kawasan dalam wang kertas tu yang tidak bercetak (Rujuk gambar di bawah). Saya akur dan hulurkan duit yang lain.

Sebelum masuk ke pejabat, saya singgah ke bank yang berhampiran dan masukkan duit ini menggunakan mesin “cash deposit”. Ternyata wang ini tidak diterima. Maka, saya berfikir benarlah ini wang palsu. Cuma sekarang terfikir daripada mana wang ini saya dapat. Tapi tak nak lah tuduh-menuduh.

Apabila sampai ke pejabat saya ceritakan hal ini kepada rakan sekerja iaitu Dr Lee Shih Hui. Beliau dengan tenang memaklumkan pada saya ini bukan wang palsu tapi wang yang tersalah cetak. Jadi jangan risau dan hantar ke bank yang berdekatan dan bank tersebut akan gantikan dengan wang yang baharu. Saya akui, saya kurang mahir hal-hal begini. Daripada rasa sedih terus kepada senang hati. RM50 tu…. macam2 boleh beli.. hihihi..

Beberapa hari kemudian ikuti apa yang disarankan sahabat saya tu, dan alhamdullillah duit saya diganti dengan duit baharu. So, kepada pembaca diluar sana, jika hadapi situasi begini, jangan panik. Tukar saja dengan pihak bank… Selesai masalah🥰

Ini wang tersebut.. beri perhatian kepada kawasan putih di sebelah gambar YDPA. No 5 dan perkataan “Malaysia” tidak dicetak penuh.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.